Fikirlah,

Assalamualaikum w.b.t.


Tadi, semasa mahu solat Asar, terfikir, apakah yang harus diri ini lakukan?
Ada yang mengatakan perlu menunggu pukul 5 untuk senarai nama yang terpilih untuk Sem 2 akan dikeluarkan.
Hati berdebar menunggu.


Sebelum itu, sudah maklumkan kepada majikan, sedikit terperanjat dengan berita.
Mana tidaknya, sudah berjanji hendak bekerja 3 bulan.
Alhamdulillah, dia membenarkan pergi.


Teringat satu ayat,


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Al Baqarah:286


Hampir setiap hari membaca ayat itu.
Tapi baru saja terfikir kepentingannya dalam kehidupan.


Allah telah berfirman, maka seharusnya kita sebagai hamba yakin dengan apa adanya.
Ada yang lainkah yang lebih menepati janji melainkan Allah?
Maha suci Allah, baru tadi saya berfikir.


Apabila jam menunjukkan pukul 5 petang, saya meminta izin meminjam laptop dari seorang rakan.Benarlah, nama saya tersenarai dalam kalangan 62 pelajar.




Saya agak terkejut. Dan sedikit tidak memahami bagaimana pemilihan dilakukan. Bukan semua dari kelas saya tersenarai. Hanya beberapa mempunyai jawatan dalam persatuan. Kebanyakan daripada jenis sekolah yang berbeza. Saya tidak gagal sebarang matapelajaran, saya tidak tahu yang lain bagaimana. Saya pelik.

Tapi, tetap bersyukur kerana Allah memberikan saya peluang untuk belajar. Sungguh saya merindui CFS.

Saya melihat keputusan saya kemudian. Tidaklah pernah saya berahsia tentang keputusan saya, jadi saya rela hati memberitahu. Alhamdulillah, Allah tahu apa yang terbaik untuk saya.
Saya redha dengan keputusan saya.


Sejurus selepas mengetahui, terus menghantar mesej kepada sir.
"Salam. Sampai hati sir bagi saya B-. Huhu."
"Wslm. Sy x bg. U yg bg sy b-. Sedih sy. Huhu"
Saya tersenyum.
Perbualan berakhir tidak lama kemudian. Sir menghantar mesej terakhir.
"Be berry Happy ya"
Saya senyum kembali.

Sungguh bersyukur mendapat empat orang guru, dan dua orang mua'lim yang sudi mengajar saya di CFS. Mereka mengangkat telefon saat saya mahu bertanya dan bersedia menjawab pertanyaan. Semoga kesemua mereka redha dengan saya dan rakan-rakan. Semoga Allah meredhai mereka.

Sudah sedikit tenang.
Menanti kepulangan ke CFS.
Mungkin sahaja, kegembiraan saya di situ. Buku-buku yang tidak sempat lagi saya baca, ada di situ. Pastilah perpustakaan menjadi tempat saya menghabiskan masa kembali. Seorang diri.


Wallahua'lam.




Comments

Popular posts from this blog

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.