359 darjah,

Assalamualaikum w..b.t


Pernahkah, anda mendengar satu cerita?


Mengapa, air laut pasang surut?










Beberapa hari ini, saya melalui satu proses yang sukar.
Sukar bagi saya.


Perpisahan itu, selalu terjadi.
Tapi saya tak pernah menginginkan.
Pernahkah anda menangis? Sehinggakan, anda tidak ada air mata lagi?


Saya sedang mengalaminya sekarang. Dan saya akan mengalaminya buat satu jangka masa, yang sudah tentu agak lama. Saya telah melakukan sesuatu, telah membuat keputusan, yang mengubah kehidupan saya. Dan saya sedar. Tapi saya tetap buat.


Saya, agak degil.


Bukan senang, bagi saya untuk melakukan semua itu.
Tapi pilihan tetap mesti dibuat.










Pernahkah, anda mendengar satu pertanyaan?


Antara, cinta dan cita-cita, mana yang lebih penting?


atau


Antara, cinta dan agama, mana satu yang akan dipilih?








Saya, membuang perkataan cinta dari kedua-duanya.
Itulah yang saya pilih, selepas berfikir. Selepas istikharah.
Saya menyimpan segala perasaan, untuk mencapai cita-cita.
Sungguh, saya ingin menjadi seorang jurutera. Saya tiada masa untuk cinta.


Saya menyimpan segala rahsia untuk memperoleh agama.
Benar, saya ingin menghafal al-Quran. Saya tiada masa untuk cinta.




Biarlah satu hari nanti, setelah saya mendapat keduanya, barulah saya memikirkan tentang cinta. Biarlah saya sendiri hari ini, mendiamkan diri. Memutuskan segala hubungan.
Pernah dikatakan, saya sungguh pandai berlakon.
Tapi buat pertama kalinya, saya berlakon, untuk meninggalkan cinta.




Saya tahu, saya akan dibenci.




Tapi siapa yang tahu, hati ini?






Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.