Travel Log 3.

Assalamualaikum w.b.t.


Baru sahaja sampai di kediaman di Shah Alam, teringat akan perjalanan sebentar tadi.


Seperti biasa, bersiap-siap sebelum memulakan perjalanan.
Niqab yang tergantung di loker digosok, hati berbunga gembira. Manakan tidak, di CFS tidak dibenarkan memakai niqab. Bila ada kesempatan, pastilah diri ini lebih selesa memakainya. Sedang bersiap, diri berfikir. Sampai bila harus boleh memakai niqab dengan istiqamah? Bukan sekadar sekejap cuma. Hati menyayangi CFS, sungguh. Tapi peraturan yang satu itu menggentarkan jiwa.


Tika turun dari tangga, keluar dari mahallah. Terasa sedikit lain.
Sedikit sebanyak menilai kembali penampilan hari ini. Seperti biasa, tudung hitam bersama niqab, jubah yang juga bewarna hitam dan merah sedikit dibahagian bawah, dan kasut hitam bersama seluar. Mudah untuk berjalan. Tapi, hati tetap berasa sedikit lain. Tangan menggenggam erat buku Ketika Cinta Bertasbih, cubaan pertama untuk membacanya. InsyaAllah, diri ini pasti ramai yang sudah melihat ceritanya atau sudah lama membaca karya Habiburrahman itu. Tapi entah kenapa, asyik ditunda-tunda sahaja untuk membacanya. Sehinggalah kelmarin Allah mengizinkan mata ini terlihat buku itu dibahagian bawah sekali di perpustakaan. Lima buku Kimia sudah dipinjam, rakan mencadangkan Ketika Cinta Bertasbih sebagai penutup had pinjaman.


Diri sedikit mengendahkan hati ini. Tetap juga berjalan menuju pagar. Terlihat di bahagian kiri, jarang sekali bas berhenti di situ tetapi tadi ada. Hairan. Separuh jalan melangkah, bas meninggalkan. Terkedu seketika. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, sekejap saja sudah ada bas yang kedua. Lalu diri ini berkira-kira, hendak turun di mana. Sesampainya di bas, mulut dengan lancar mengatakan, "Stesen Universiti."


Lalu mendapatkan tempat duduk, membaca sekadar yang mampu.


Perjalanan lancar sehinggalah ke stesen yang dinanti. Ketika berjalan, sekali lagi ternampak LRT baru sahaja berlepas dari stesen. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, ketika sedang naik tangga ada lagi sebuah LRT dan sempat dinaiki.


Setibanya di KL Sentral, ada jualan buku dengan harga lelong. Tidak ada apa yang menarik. Buku yang tidak mendatangkan kebaikan pada diri, dalam fikiran ini. Setelah membeli tiket, hati tergerak ke platform yang disebelah kanan, walhal selalunya ke kiri. Ketika berjalan, Allah mendongakkan kepalaku dan akhirnya ternampak bahagian untuk wakaf al-Quran. Dengan meletakkan nama sebagai Umairah Hawani, tanggungjawabku yang kecil ini ku laksanakan. Moga Al-Quran selalu dibaca, taqarrub di hati.


Ketika menunggu di platform juga hati merasa tidak tenang. Sah, kerana Ketika Cnta Bertasbih. Diri ini tidak terkesan dengan cinta yang berbunga di buku itu, tapi lebih terkesan dengan di mana ia berlaku. Maha Suci Allah, sungguh, kaki ini hendak menjejakkan diri ke Mesir, bumi para anbiya'. Bilakah?


Otak berfikir-fikir, menghitung keberangkalian. Tahun depan Asasi Kejuruteraan akan tamat, biiznillah. Jika keadaan mengizinkan, terus sahaja mahu mendapatkan dana ke Mesir. Tapi jika tidak, pastilah Kejuruteraan Automotif dan Quran Sunnah menantiku di Gombak. Pasti, setelah tamat Ijazah Berganda, insyaAllah akan ke Mesir untuk M.A.


Perjalanan di KTM juga lancar. Alhamdulillah. Saatnya menjejakkan kaki di Batu 3, ami memberitahu sudah sampai. Teruslah menaiki kereta menuju ke Puchong, tempat ku membesar. Panas sekali hari ini. Sampainya di Puchong, niqab sudah dibuka. Tiada siapa kecuali keluarga di rumah mak, pasti. Kaki melangkah ke belakang, mencari mak (ibu kepada ami) dan ternampak beberapa ahli keluargaku. Pamanku yang paling muda, hanya 4 tahun tua daripadaku bertanya, "Di mana purdah mu?" Lalu aku menjadi sedikit segan sebelum menjawab, "Ada di kereta. Panas tadi."


"Sudah kamu memakai hitam seluruhnya, pasti saja panas," tambah pamanku lagi seorang. Mak juga begitu. Mereka menegurku setelah bersalaman. "Kira di sana tidak memakai tudung selain hitam dan putih," jawabku. "Tidak bosankah?" tanya sepupuku. Diri ini terdiam. Hendak mengatakan tidak mahu tabarruj, dia masih kecil. Syukur yang lain memahami. Kami meneruskan perbualan seperti biasa, sambil memakan rambutan yang baru dikait paman.


Diri mengingat kembali semester pertama di CFS. Hanya dua kali saja memakai hijab berwarna.Oren dan merah jambu. Yang berwarna oren itu dipakai dua kali, menjadikannya tiga. Malah ketika itu hanya saja-saja. Hati terusik bila rakan yang lain memakai hijab berwarna-warni, cantik sekali. Malah ada yang mengenakan selendang. Dengan takdir Allah, hari hijab oren itu dipakai, diri ini ditegur. Sudah ku kira itu sebagai petunjuk. Tetaplah dengan yang biasa saja, asal mendapat keredhaanNya. Hijab merah jambu itu dipakai ketika GCI pada bulan Ramadhan. Sekali lagi hati tidak senang.  Maka dibawah hijab itu ada lagi satu hijab. Berwarna hitam.


Tidak sekali di sini hendak mengatakan warna-warna itu tabarruj. Sedangkan Islam itu mudah, mana mungkin hanya sekadar warna sahaja tidak boleh. Cuma, pendirianku mungkin berbeza sedikit. Ada kalanya ku merasakan warna itu tidak apa, seperti baju kurung yang ku pakai, malah jubah juga berwarna sedikit menghiasi yang hitam itu. Tetapi hati ini tidak selesa memakai tudung yang selain hitam. Malahan putih juga hanya pada hari Rabu, ketika ia menjadi wajib.


Aduhai, pelik sahaja cara diri ini hari ini. Perjalanan yang cukup tenang dengan izin Allah, tapi dengan hati yang gundah gulana.


Sedikit perkongsian, http://batch13smih.blogspot.com/2009/05/maruah-seorang-wanita.html


Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.