Wednesday, November 30, 2011

Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum w.b.t.


Al-Imam Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani mewasiatkan di dalam wasiatnya yang pertama:



Biasakanlah pula mengerjakan shalat sunnah dhuhâ secara rutin, sebanyak delapan rakaat, dan irirngilah dengan bacaan sesudahnya, sebanyak empatpuluh kali:


(Ya Allah, ampunilah daku dan berikanlah taubat (atas segala dosa-ku). Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Taubat lagi Maha Penyayang).


Bilakah yang dikatakan waktu Dhuha?

Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:

Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari.-Hadis riwayat Imam Muslim dalamShahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.



Niat solat sunat Dhuha.



"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"


Solat sunat Dhuha dilakukan seperti solat sunat biasa, cuma yang membezakan adalah:

  • Pada rakaat pertama, disunatkan membaca surah as-Syams selepas al-Fatihah.
    Pada rakaat kedua, disunatkan membaca surah ad-Dhuha selepas al-Fatihah.

  • Bacaan di sujud terakhir sebanyak 3 kali;






Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna.– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.









Bilangan rakaat bagi solat sunat Dhuha;

Jumlah rakaat solat Dhuha paling minima adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu.

Kebiasannya adalah dua, enam, lapan atau dua belas rakaat.

Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali r.a. menulis di dalam Bidayatul Hidayah;
"Apabila matahari telah naik sampai ke waktu Dhuha iaitu apabila telah berlalu lebih kurang satu perempat siang maka hendaklah engkau mengerjakan sembahyang sunat Dhuha atau empat, atau enam, atau lapan rakaat. Engkau buat sembahyang ini dua rakaat, dua rakaat seperti apa yang telah diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w dan sebenarnya sembahyang ini sangat baik dan sangat besar pahalanya oleh itu terserahlah kepada seseorang apakah dia hendak memperbanyakkannya atau mengurangkannya."

Doa selepas solat Dhuha;


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,

keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,

kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.




Begitulah solat sunat Dhuha, yang dilakukan selepas solat sunat Isyraq dan tiada solat sunat pada waktu kedua itu sehingga Zohor selain keduanya. Murabbi pernah berkata; "istiqamah itu sukar sekali." Maka dengan itu Murabbi berpesan supaya sentiasa istiqamah, mencuba semampu mungkin.



Beribadahlah mengikut kemampuan.

Dari Anas r.a katanya: Pada suatu ketika Rasulullah SAW masuk ke masjid. Lalu dilihatnya ada sebuah tali terbentang di antara dua batang tiang, maka baginda bertanya:”Tali apakah ini?” Jawab para sahabat, “Tali yang dibentangkan Zainab untuk dia solat. Bila dia malas atau letih, dia berpegang pada tali tersebut.” Sabda baginda SAW:”Bukalah tali itu. Solatlah sesuai dengan kemampuanmu masing-masing; apabila kamu malas atau letih, maka kamu boleh solat sambil duduk.”







Sumber rujukan:


InsyaAllah, dengan laman sesawang yang menjadi rujukan ini, lebih banyak ilmu di dalam setiapnya.


Wallahua'lam.




1 comment:

  1. Alhamdulillah... baguihlah.. ada rujukan sekali... syukran

    ReplyDelete

بسم الله الرحمن الرحيم