Senandung Zikir.

Assalamualaikum w.b.t.


Malam di CFS yang mungkinnya seperti biasa bagi yang lain, tapi bagi diri ini, berbeza sedikit.
Malam ini, diberi satu peluang yang jarang sekali.


Berjalan ke masjid,
memasuki pintu masuk,
dan mendengar "Bicara Hikmah&Senandung Zikir."


Berpeluang melihat Ustaz Syed Abdul Kadir al-Jofree.


Subhanallah, Maha Suci Allah. Segala pujian itu hanyalah untukMu, ya Allah.








Dalam kesepian malam menuju ke masjid, mengambil peluang dengan seboleh-bolehnya. Langkah yang kecil, dengan harapan menambah pahala.


Teringat saat pertama kali menjejakkan diri ke masjid UIAM. Ketika diri disarankan, berjemaah sahaja di mahallah. Yang kerap kali keluar masuk masjid itu kebanyakannya brothers. Maka diri pun menahan niat, mengelakkan fitnah. Tidak ku jejaki masjid itu berbulan lamanya.


Tapi sejauh mana boleh ku lari?


Selalu sahaja mengambil tempat duduk, di tingkat 3 perpustakaan, di hujung sekali.
Kerana apa?
Kerana di situ dapat dilihat masjid yang berdiri utuh.
Jarang sekali ku fikirkan tentang itu, namun ternyata, mataku sentiasa merindu untuk melihat, kakiku sentiasa rindu untuk melangkah ke situ.








Maka malam ini menjadi saksi, perjalananku ke situ. Kebahagiaan yang sebentar selama mana diri berada di rumah Allah. Tidak ku lihat langit untuk mengira bintang, tapi diri yakin pemandangan tetap indah.


Malam ini teringat lagi, rakan yang di bumi Mesir. Moga kalian baik-baik sahaja, insyaAllah.




Sunyi, selubungi malam.
Mengusik minda yang terlontar jauh.
Masih hangat terasa.
Tangan yang membelai yang mengusik manja.
Daku damba kasihmu.
Biar jadi pedoman.
Buat penyuluh jalan kugapai impian.

Angin, kau nyanyikan lagu.
Untuk permataku, tenang selalu.
Bayu, sampaikan berita.
Daku kini ceria, aman dan bahgia.
Selimutkan rinduku bersama malammu.

InsyaAllah, akan ku gapai impian. Janji pada diri sendiri dan yang pernah ku temui, Kimia 1 bittaufiq wannajah, 4.0. Dengan nama Allah, takbir, ALLAHUAKBAR!



Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.