Sunday, September 30, 2012

Selaras dengan pilihan.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Teringat, kali pertama mendengar namanya.
Teringat, apa yang terlintas di fikiran.

Lalu diizinkan Allah.
Perjalanan ke Masjid Ar-Rahman,
pertama kalinya menjejak kaki ke majlis selawat,
mendengar tausiyah dari Habib yang mulia.

Dan selang beberapa hari,
mendapat pesanan ringkas.
Talaqqi bersama Habib.
Berkumpul di hadapan Taman Ilmu dan Budi.

Tiada yang lain dalam fikiran,
tiada kemahuan selain ke sana.
Langkah di atur, kaki melangkah.
Walau sendiri, tetap cuba menjadi gagah.

Ditakdirkan, istiqamah ketika itu.
Allah memberi peluang.
Namun wajah Habib tetap Allah selindung.
Dari pandangan mata yang penuh dosa,
masih tidak dapat melihat Habib tercinta.

"Hijab baina muslimin wa muslimat."

Akhirnya apabila mendapat izinNya,
menatap wajah yang dinanti sekian lama.
Hati tenang diulit bahagia,
azam teguh ilmu ditimba.

Namun kini semua berbeza.

Dunia mengalahkanku,
diri ditipu.
Tertipu.
Mungkinkah menipu?

Sekali lagi hijab ditutup, tabir diturunkan.

Mungkin, salah sendiri.
Mungkin, sudah ditakdirkan begini.

Di antara semua guru,
hanya seorang Allah beri kesempatan dari waktuku,
mengucapkan selamat tinggal, memohon restu.

Guru pertama dan selamanya,
ya Allah, redhakanlah akan dia.
Ustaz Muhadir bin Hj Joll as-Sanariy.


Ya Allah, redhakanlah akan mereka.
Walau tidak layak bagiku untuk memanggil mereka guru bagi diri yang hina,
namun ilmu yang dicurahkan tidak mungkin ada  balas gantinya.

Dari ilmu Tafsir, Hadith, Fiqh.
Sehinggalah segala ijazah yang telah bersemadi di dalam diri.

Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki.


Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid.
Habib Najmuddin bin Othman al-Khered.
Ustaz Azhar bin Hashim al-Hadrami.
Ustaz Azian bin Man.


Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.


Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Maliki.


Dan tidaklah diri membezakan antara mereka dengan meletakkan nama mengikut susunan yang lain selain daripada susunan saat berjumpa.

Kata-kata Murabbi,
"Di Masjid Azhar banyak talaqqi."

Allahuakbar.
Sehari lagi.

No comments:

Post a Comment

بسم الله الرحمن الرحيم