at-Tanbih.
Assalamualaikum
w.b.t.
[Bertarikh 19 September-Rabu]
Syarah
Kitab at-Tanbih.
Perkara
yang tidak dibuat Nabi Muhammad s.a.w. Ada dua makna:
Pertama,
mubah.
Kedua,
peluang untuk orang yang mampu.
*****
Ditakdirkan,
hari ini bermula dengan... sangat cepat.
Seawal
7 pagi sudah tiada di bilik, sedangkan kelas terakhir bermula pukul 2
petang selepas Zohor.
Rabu,
menandakan hari pemakaian hijab putih. Cepat sahaja tangan
menyarungkan hijab hitam.
Bukan
melanggar peraturan, tapi memang tiada hijab berwarna lain.
Melangkah
seorang diri.
3600
saat kemudian, melihat telefon, menelefon Fatin Husna.
"Jom,
sarapan.”
Mendapat
persetujuan, menelefon Nur Aini.
"Jom,
sarapan.”
Keduanya
minta ditungggu. Khair sahaja.
Melangkah
seorang diri.
Ke
Mahallah Zainab al-Jahsy.
Pertama
kalinya menjejakkan kaki ke dalam common room.
Ada
pepatah yang ditulis di dinding.
Penting,
tapi ana lupa. Allah, pelupanya insan ini.
Adakah
di antara Fatin Husna atau Nur Aini boleh ingatkan? :)
Bersarapan
seketika dengan Fatin Husna.
Berbual.
Dan
Fatin Husna pergi.
Bersarapan
sekali lagi dengan Nur Aini.
Berbual.
Dan
menemani Nur Aini ke kelas.
Melangkah
seorang diri.
Ke
Mahallah Khadijah.
Ada
di dalam sehari itu, perkara yang sunat, wajib, harus dilakukan.
Taklifat
kepada diri sendiri, tapi apakah tetap akan terlaksana?
Ditakdirkan,
Allah menghadirkan diri kepada Munirah Afiqah.
Membantu
apa yang perlu untuk subjek Computer II.
Bergegas
ke perpustakaan, Syed Muhammad Naquib al-Attas menjadi pilihan.
Folio
“Understanding Islam: Islamic Educational System” kembali ditaip.
Lalu
Zohor menjengah, melawan nafsu.
Ditakdirkan
bertemu Zawani Hafizah.
"Zawani
puasa?” Dia menggeleng.
Lalu
tangan menghulur air mangga. Dia menggeleng.
Baru
hendak disua ke mulut, teringat.
"Allah,
puasa.” Terius terhenti.
Zawani
tersenyum, menerima pemberian.
Dari
Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang
terlupa bahawa dia sedang berpuasa lalu dia makan atau pun minum maka
hendaklah dia menyempurnakan puasanya, sesungguhnya Allah yang telah
memberikannya makan dan minum.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bergegas
kembali ke perpustakaan, folio dikemas-kinikan.
Ustaz
Muhadir meminta datang mengambil keperluan untuk kelas.
Bergegas
ke kelas, meletakkan barang. Dan akhirnya seorang banin jua yang
pergi.
Kelas
bermula, tajdid niat tajdid niat. Al-'ilm bi la 'amalin kas syajarah
bi la thamarin.
Usai,
melangkah menuju ustaz.
"Yes,
Amirah.”
"This
is my last class, ustaz. InsyaAllah.”
Kembali
ke perpustakaan.
Mesej
diterima.
Ustaz
niat hendak berjumpa, sebelum berangkat.
Allahuakbar.
Mesej
dihantar.
Memaklumkan
Fatin Husna dan Nur Aini akan kedatangan ami esok.
Ditakdirkan,
berjumpa Nur Aini lalu diberikan satu hadiah yang istimewa.
Hati
berwarna merah, tanda cinta, “Happy Birthday”.
33
hari awal.
Allahuakbar.
Hampir
sahaja, sedikit sahaja lagi hendak menangis.
Tapi
hati diketuk, pertanyaan bermula.
"Adakah
kau menangis kerana Allah?
Kerana
jika bukan, ternyata tangisanmu itu sia-sia.”
Terasa
terlampau syadid dengan diri sendiri.
Namun
pabila teringat kata-kata Fatin Husna, “Pergi sebab menuntut ilmu.”
Terbaca
kembali kata-kata Habib Ali Zaenal Abidin, “Meninggalkan yang baik
untuk lebih baik.”
Allahuakbar.
Ditakdirkan,
bertemu Fatin Nuradilah di kafe.
Teman
talaqqi. Madrasah an-Nur, cahaya. Madrasah Tazkiyah.
[Bertarikh 24 September-Isnin]
7 hari lagi.
Allah.
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم