Cemburu;
Assalamualaikum w.b.t.
Apabila berdoa, maka mohonlah:
"Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku, bukan di hatiku."
Apabila berdoa, maka mohonlah:
"Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku, bukan di hatiku."
*****
Apabila cemburu merungkai tabir,
hati sesak kerana sakit,
perasaan marah akan terlahir,
segala manis menjadi pahit.
Apabila cemburu mula menyala,
segalanya serba serbi tak kena,
walau bukan salah siapa,
kerana yang cerah sudah gelap gelita.
Cukup.
Jangan cuba meniru dia untuk mendapat apa yang dimilikinya.
Percayalah ia tidak akan berjaya.
Berhenti.
Jangan cuba menarik hati kawannya.
Percayalah ia tidak akan menggugatnya.
Sudah.
Jangan cuba melihat segala gerak gerinya mencari kesalahannya.
Percayalah apa yang dirimu dapat hanya pembuangan masa.
Ana pernah, berada di situ.
Dahulu.
Dahulu.
"Kenapakah dia lebih baik dariku?"
"Kenapa rezekinya murah berbandingku?"
"Apa salahku?"
"Apa dosaku?"
Bahkan, dosa-dosaku seperti pepasir di pantai.
Sedangkan dia?
Saat itulah, teguran diperlukan.
Dia ISLAM bukan?
Dia saudara seagamamu.
Adakah kamu pernah cemburu, akan mereka yang kafir,
seperti mana cemburumu kepada dia?
Bahkan tidak.
Maka hilang satu sebabmu.
Dia HAMBA bukan?
Dia sama taraf denganmu.
Adakah ALLAH memilih-milih untuk memberi rezekinya?
Bahkan ALLAH Maha Berkuasa,
mintalah apa saja.
Namun cemburumu yang menghijab doamu.
Maka hilang satu sebabmu.
Dia WANITA bukan?
Dia satu fitrah denganmu.
Adakah memang selalu kamu cemburu kepada yang berlainan jantina denganmu?
Bahkan tidak.
Maka hilang satu sebabmu.
Apa jua alasan untuk cemburu mengetuk pintu perasaan,
sedarlah dan ketahuilah,
kadang-kadang itu nafsu.
Kadang-kadang itu musuhmu yang nyata.
Kadang-kadang, kita kena tengok apa yang kita ada.
Lihat mereka yang lebih susah dari kita.
Perhati betapa susahnya seorang untuk hidup.
Usah dibazirkan masa dengan perasaan cemburu.
Jangan dibazirkan masa dengan perbandingan yang tidak ke mana.
Kerana yang membezakan kita,
bukan harta, bukan pangkat, bukan keluarga.
Allahua'lam.
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم