Book Review I
Assalamualaikum w.b.t.
"Sebaiknya
seorang penghafal al-Quran itu dapat memanfaatkan masa-masa malamnya
ketika manusia sedang tidur.”
(maksudnya
ia mesti berjaga dan qiamullail dengan membaca dan mengulangkaji
hafalan)
-Ibnu
Mas'ud r.a.-
Khas
bagi teman-teman ana yang hafiz dan hafizah serta bakal hafiz dan
hafizah insyaAllah. Allahumma amin.
Panduan
Bagi Hafiz-Hafizah & Qari-Qari'ah.
Karya
Hj Abu Najihat al-Hafiz.
Pertama
kalinya memegang buku ini pada semester ke-2 di Taman Ilmu dan Budi.
Yang
pada masa itu masih di bawah program tahsin al-Quran.
Dan
tidak sekali ana mengaku tulisan di bawah milik ana, hakcipta
terpelihara pada penulis asalnya. Ana kurang pasti sama ada buku ini
ada diulang cetak atau tidak ketika ini, namun pastinya, ada sebuah
di perpustakaan.
Maka
pada Hamlatul Quran itu padanya ada 5 perkara yang dititik-beratkan;
- Ihtimam terhadap al-Quran.
- Tabah menghadapi kesusahan dan masyaqat.
- Qiyamullail.
- Berpuasa.
- Zikrullah dan doa.
Dimuatkan
di dalam buku ini cara tahfiz (menghafal) dan takrir (ulangkaji)
untuk hafalan baru.
Definisi
takrir atau muraja'ah:
Mengulangkaji
hafalan yang telah berjaya diperolehi.
Takrir
terbahagi kepada dua:
- Takrir hafalan baru
- Takrir hafalan lama (rasikh/dhabit)
"Penghafal
al-Quran adalah pembawa panji-panji Islam, adalah tidak patut baginya
bermain-main bersama orang-orang yang suka bermain, tiada leka dan
lupa diri bersama orang yang terbuai dengan keseronokan, tidak
melibatkan diri dengan lagha (sesuatu yang tidak berfaedah)
bersama-sama dengan seorang yang terpedaya. Ini semua dilakukan demi
menjaga keagungan hak al-Quran.”
-Al-Fudhail
bin Iyadh-
Tadarrus:
Orang yang membaca al-Quran dengan melihat mushaf..
Bertujuan
untuk athar (keberkesanan daya ingatan).
Riadah
batin untuk Hamlatul Quran:
- Puasa sunat Isnin dan Khamis.
- Puasa Ayyamu Al-Baidh (13,14,15)
- Qiam walaupun 2 rakaat.
- Pada malam Jumaat, 4 rakaat dan pada satu rakaat dibaca surah Yasin, ad-Dukhan, as-Sajadah dan al-Mulk.
Teringat
pada satu hari ana terjumpa seorang banin di bas dan dia juga
menganjurkan riadah yang keempat.
"Apabila
azam telahpun bulat (kental) maka akan jelas (terbukalah) jalan
menuju cita-cita.
-Pepatah
Arab-
Dalam
pada itu, penulis juga meingatkan beberapa akhlak dan adab ketika
membaca al-Quran:
- Niat kerana Allah s.w.t.
- Suci, dan di tempat suci.
- Pegang mushaf dengan tangan kanan atau kedua-dua tangan.
- Menghadap kiblat.
- Bersiwak.
- Diawali dengan istia'zah/ta'awuz.
- Tartil.
- Tadabbur.
- Istighfar pada ayat amaran, optimis pada ayat rahmat.
- Sunat suara indah dan merdu.
- Inshat (penuh perhatian) jika mendengar bacaan.
- Tidak bercakap-cakap.
- Makruh ketika mengantuk.
- Baca lepas solat fardhu.
- Disudahi dengan 'Sodaqallahul 'azim'.
- Meletakkan mushaf di tempat tinggi (ta'zim).
Martabat
bacaan al-Quran menurut 'Izah Ubaid Du'aas (Kitab Fan al-Tajwid) ada
3 iaitu tartil, tadwir, dan hadaru dan ada ulama' menambahkan dengan
tahsin (bacaan sangat lemah-lembut dan perlahan).
Alhamdulillah
ana sempat menghabiskan bacaan ana setakat bab 5, Bacaan Gharib
(Musykilat) dan Berhati-hati.
Moga
Allah merahmati penulis atas usahanya dan penerbit.
Moga
bermanfaat.
Daripada
Abdullah bin Mas'ud, daripada Nabi Muhammad s.a.w:
"Sewajarnya
bagi orang yang menanggung (menghafal) al-Quran adalah mengetahui
malamnya (yakni) menjaga malamnya, di masa sedang tidur, siangnya di
masa manusia sedang bersuka-ria, tangisnya di masa manusia sedang
bergelak tawa, diamnya di masa manusia sedang berbual-bual, dan
mengetahui khusyuknya di masa manusia sednag bermegah-megah.”
Allahua'lam.
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم