Assalamualaikum w.b.t. Update 16/5/2013: http://umairahazwani.blogspot.com/2013/05/wirid-yang-dinanti.html Ingin ku katakan, apa yang bakal ku sebutkan hanya pendapat semata-mata. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Beberapa hari yang lepas, terlihatlah sebuah buku bertajuk, Majmu' Syarif. Pertama kali ku lihat dan tidak pernah ku ketahui sebelum ini. Jadi, diri memutuskan untuk melihat dan mempelajari apa yang di dalamnya. Buku yang ku baca itu terjemahan Melayu. Sedangkan kitab yang asal, tiada nama penulisnya. Dibahagikan kepada 30 bab, dimulakan dengan Fadhilat Surah Pilihan dan disusuli dengan pelbagai doa. Pada 10 bab pertama yang menerangkan fadhilat surah-surah, tidak merasakan apa-apa yang pelik di situ lalu diteruskan pembacaan dan sekali gus cubaan menghafal isi-isinya. Sehinggalah kepada bab yang menerangkan fadhilat doa. Kerana terdapat 20 bab yang selebihnya dipenuhi dengan doa, hanya 5 bab pertama saja yang dibaca. Kerana pernah ku baca,...
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم