Ya Umayr!

BismiLLAHirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh.

Sesungguhnya, setiap amal itu bermula dengan niat.


Dan kami, terkesan lagi dengan hati.
Bersedih dengan hati.

Saatnya melangkah ke pengajian selepas Maghrib tadi,
tahu dan sedar, ALLAH-lah yang menggerakkan.
Maka jasad hanya menurut.

Seperti mana kami tak meminta diciptakan begini,
kami juga tak ingin meminta hidup selain daripada ini.

Kullu khair.

Tidak semena-mena lidah bertutur, "Semangat, Umayr!"
"Umayr, Umayr, Umayr!"

Kau - tak - akan - bergerak - tanpa - kekuatan - dari - ALLAH!

Menyusur jalan ke Enppi, menunggu pengangkutan awam.
Sampai dan melangkah ke atas.
Bulan sudah mula sempurna, hampir tamam.

Ya Nabi, Ya Salam, bilakah waktu kita akan bertemu?

Menegur ahli pengajian, ahbab mahupun bukan.
Setiapnya bagi kami pencinta. Semua pencari. Mencari DIA yang dekat.


Sepertinya, hari yang biasa, sah?
Bahkan tidak.

Baru sahaja mulai hendak bicara, terkesan dengan kehadiran seseorang.
Siapa dia?

Siapa dia?

Mengapa dia berkata?

Bagaimana dia tahu namaku?

ALLAH.

Kenapa hati terasa sungguh?
Kenapa tidak boleh bertenang?

Dia hanya manusia biasa.
Dia sama sahaja denganmu.

Mula mengingatkan diri, kata-kata hikmah Syeikh Rohimuddin, semoga ALLAH merahmatinya.

"Kenapa tak suka akan seorang?
Kerana dia tidak mengikut kemahuanmu?

Kebanyakan kita hanya cinta kerana dia akan memberikan sesuatu.

Hilang cinta, apabila dia tidak menuruti apa yang engkau mahukan dari dia."

Kerana nafsu, Umayr.
Apakah perasaanmu kepada semua hanya kerana nafsu?

Berulang kali ku katakan pada diri,
tak kenal maka tak cinta.

Sungguh, kami tak kenal dia siapa.
Dan ego mula menguasai, hati tak tenang sungguh.
Takut hendak memulakan bicara.

Siapa awak?


Kami sedar, kami tak akan lepas dari kesalahan.
Moga ALLAH mengampunkan, kelalaian sebentar tadi.

Diam ketika itu,
mencengkam-cengkam nafsu.

ALLAH.

Jihad mereka yang lain menegakkan ummah,
kami hanya mampu melihat dari jauh.

Tidak menolak, tidak membenci, tetapi lebih baik menjauhi.


ALLAHua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.