Ilham III: Berhati-hati.

BismiLLAHirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh.


Pernah satu ketika di SMK Alam Megah 2,
seorang pakar motivasi menziarahi kami.

Muqaddimahnya; satu persoalan:
"Siapa pernah gagal Matematik Tambahan?"
Semua pelajar kelas Sains, kecuali seorang pelajar cemerlang Melayu dan beberapa pelajar berbangsa Cina mengangkat tangan.

Beliau berkata kepada kami,
"Cuba pandang kiri dan kanan."
Kami melakukan seperti yang diarahkan lantas kembali memandang beliau.

Dengan tenangnya dia berkata,
"See, you are not alone. Don't worry."

*****
Macam mana, nak jaga hati?

Entah.
ALLAHua'lam.

Tak tipu, kami tak tahu.
Kadang-kadang, jawapan itu berdasarkan kepada siapa yang menyoal. Bukan soalan itu sendiri.

Bahkan, apabila kami menyelak-nyelak kitab Tafsirul Ahlam (Interpretation of Dreams) yang ditulis Imam Ibn Sirin, (maqamnya berdekatan Sayyida Nafisah. AlhamduLILLAH dikurniakan rezeki ziarah.) apabila beliau hendak menafsir mimpi, adanya mimpi yang sama tetapi tafsir yang berlainan. Kerana apa? Kerana yang bermimpi itu lain.

Itu... mimpi.
Kalau... hati?

Berhati-hati itu boleh. Malah dituntut.
Macam mana?

Taqwa.

Senang menulis, senang bercakap. Praktikal? Itu milikmu sendiri.


Pernah sekali, ketika di awal semester berlangsung.
Salah seorang daripada tenaga pengajar kami di al-Azhar berkata;
"Jika kamu mengetahui bahawasanya ibu bapa kamu melihat segala tindak tanduk kamu di sini, adakah kamu akan leka dalam pembelajaranmu?"
Ibu bapa yang membayar ribuan ringgit untuk hadir ke sini.
Setiap bulan pasti ada yang dikirimkan.
Entah mereka di Malaysia, bagaimana nasib.

Itu... ibu bapa.
Kalau... PENCIPTA?

Take a deep breath. Deep.
Close your eyes. Open whenever you want to.


Slap yourselves.
For how long you want to stay in the dreams?
Wake up.



ALLAHUa'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.