Bijaksana, Cahaya Keadilan.

BismiLLAHirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh.


"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
Surah Al Hadid : 22-23.

Dari: Kekasihku; Fatin Nuradilah.


Baru sebentar tadi,
berbicara dengan sahabat di Universiti Tanta, Kaherah.
Sahabat yang ditakdirkan ALLAH, bersama dia diri ini melangkah merata.
Bersama dia mencari seribu cara.
Menelan sejuta rasa.

Fatihah Izzah, C:

Ku katakan kepadanya: "Best-nya duduk di sini. Talaqqi setiap hari."

Pesannya: "Belajar elok-elok." InsyaALLAH.

Dan kemudiannya ditakdirkan membaca hasil tulisan sahabat yang lainnya.
Aduhai, aduhai.

Rindunya pada Madrasah Tazkiyah.

Aduhai, aduhai.

Rindunya pada Madrasah an-Nur.

Para Habib dan Asatizah.
Teman-teman yang hanya pada hari talaqqi sahaja berjumpa.

Rindunya, perjalanan itu.



Tiada kekuatan melainkan dari ALLAH.
Untuk ALLAH.



I would never, ever imagine, a simple student from a government high school.
Made her way to International Islamic University of Malaysia.
Took her foundation, started to join talaqqi.
Then, she flew.

She flew to the city of knowledge.
Where her Imam Syafi'e r.a also made his own history.




Rindu; tak membawa ke mana.
Perjalanan perlu diteruskan. Mahu atau tidak. Hendak atau tidak.

Apabila ada yang  bertanya; "Bagaimana harus mendapat semangat?"

Tiada yang lain harus dijawab.


Semangat itu dari ALLAH.

Minta semangat. Doa.
Kita, golongan awam. Manusia biasa.

Jadi, semangat itu perlu dicari.
Tak akan datang secara free.

Lakukan apa sahaja yang kamu mahukan.
Agar semangat itu dikembalikan.


ALLAHua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.