Moga ALLAH memberikannya rahmat!

BismiLLAHirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh.

Pernah kami meluahkan rasa di laman Facebook.
Memberitahu rakan-rakan, bahawasanya, kami akan tawaqquf talaqqi.
Imtihan sudah dekat.

Ditakdirkan, sampai ke hari ini tidak tawaqquf.

Semasa peperiksaan pertengahan semester yang lepas,
kami hairan.
Hairan kenapa kami masih bertalaqqi?
Kenapa, masih di situ?

Hinggakan, buku langsung tidak dibuka.
Sehinggalah pagi imtihan. Itupun tidak terbangun awal.
Sekadar selepas Subuh pukul 6 begitu baru membaca.
Imtihan bermula pukul 10.

Masa itu, hanya ada kami dan DIA.
Kami ada DIA.

AlhamduLILLAH, kullu khair.
AlhamduLILLAH 'ala kulli nikmah.

Tetapi, seperti biasa, seperti hamba, kami diuji.
SubhanALLAH, kami gembira dalam kesedihan kerana diuji!
Kami tahu, kami sedar, ALLAH mengingati.
Nafsu kami sakit, kami perlu sembuh. Mubasyaratan!

Jadi kami terjun langsung ke dalam lautan itu.
Bagaikan seekor kambing yang menyerahkan nasibnya di hadapan tuannya.
Sama ada akan disembelih atau dibiar hidup...
Kami melakukan begitu.

Biarkanlah apa yang mereka fikir,
apa yang mereka kata.

Mereka itu sekadar gambaran bagi kami.
Tiada lebih.

Dan cerita ALLAH kepada kami salah satunya bermula semalam.
Ketika kami hampir tiba di rumah, baru tersedar, dompet tertinggal di tempat pengajian.
Hati kata redha, nafsu mula terganggu.

Kami berfikir dan berfikir akan hikmah.
Mencari dan mencari. Kami tidak sabar. ALLAH, berilah petunjukMU!

Kami ke gamaah lewat, masih berfikir.
Apa hikmah tertinggal dompet?

Kalau tidak tertinggal, kami akan lebih cepat tiba di Azhar menaiki teksi.
Tidak perlu menaiki tremco dua kali. Dan perlu berjalan lagi.

Hati terusik, diusik.

Tiba di gamaah, imtihan.
AlhamduLILLAH khair.
AlhamduLILLAH 'ala kulli nikmah.



Hampir tidak mahu ke talaqqi. 'Bukankah mahu tawaqquf?' bisik nafsu.
Dengan takdirNYA dan kekuatanNYA, melangkah jua ke sebuah bas yang penuh menuju ke 'Asyir.
Kami di tangga bas. Di belakang kami, seorang lelaki Arab.

Hati berbisik, "LILLAH."
Untuk ALLAH.

Tiba-tiba,
"Harami!"

Seorang Azhari warga Indonesia menjerit. Kami tersedar.
Rupa-rupanya beg kami diseluk lelaki Arab tadi.

Baru-baru ini telefon bimbit kami ditakdirkan hilang sepi tanpa bicara.
Sungguh tadi kami sangat risau jika telefon bimbit yang dipinjam dari rakan hilang juga.

AlhamduLILLAH, masih ada.
AlhamduLILLAH 'ala kulli nikmah.

Kami terus terfikir,
rupanya, ini cerita ALLAH.
Ini hikmahNYA.

Jika kami tidak tertinggal dompet di tempat pengajian.
Mungkin... dan cuma mungkin, akan hilang diambil hamba ALLAH itu.



ALLAH mengurniakan kami ke kuliah tibb.
ALLAH mengurniakan kami ke talaqqi.

Ya ALLAH, kurniaanMU yang mana aku dustakan?
Ya ALLAH, kurniaanMU yang mana aku dustakan?

Rahsiaku padaMU.
Kekalkan ia sebagai rahsia.

Ya ALLAH, berikanlah dia petunjukMU!
Kerana dengannya, aku mendapat hikmah dariMU!

Sesungguhnya, cahaya itu milikMU.



ALLAHua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.