Travel list; el-tremco.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salah satu kemudahan baru di Mesir tiada di Malaysia – el tremco :D

(Kekoknya hendak menaip bahasa Melayu, aduhai.)

Seperti kebiasaanya, dengan kekuatan yang ALLAH berikan, kami melangkah dari Baiti Jannati di Hayyu Safarat setelah Maghrib untuk ke pengajian. 10 minit jarak berjalan kaki ke bulatan berdekatan Inbi, menanti – tremco :D

Sumber: dutasurga.blogspot.com

Pada waktu malam; tremco dipenuhi ikhwah Arab ><

AlhamduLILLAH sudah terbiasakan diri bersama ikhwah Arab yang setakat ini dan alhamduLILLAH khair sahaja. Bersangka baiklah dengan mereka, bersangka baiklah dengan sesiapa, insyaALLAH, yang baik juga akan diterima.

Kenapa dengan tremco? :D

Dan kenapa bila kami sebut tremco, ada “:D” ?
Sebab tremco sangat – awesome :D

Sepanjang perjalanan 24hb Januari yang lepas, kami terfikir. Kadang-kadang, hati akan terasa dengan pak cik tremco. Kadang-kadang, akan kurang senang berada di tremco. Entah kenapa, ALLAH memberi ilham sesuatu yang baru.

Alangkah indahnya, berbaik sangka :)

Pernah sekali berjalan sepanjang di Suq Sayyarat (i.e Pasar Kereta) seorang diri waktu malam. Berjalan dari “Kampung” (Kompleks Imarah Malaysia) ke jalan besar untuk menaiki pengangkutan awam. Fikiran dipenuhi dengan perasaan takut dan bimbang. Sebentar mungkin, kemudiannya hadir. ALLAHu RABB.

Kenapa hendak takut selain ALLAH?

Bukankah sudah diberitakan kepadamu tentang sepotong hadith bahawasanya RasuluLLAH s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa :

“Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya."

( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)



Bukan sekadar tremco, namun pengangkutan awam di Mesir juga yang lain seperti bas dan teksi. Tidak mengira, bas panjang hijau atau merah, bas pendek hijau atau putih, teksi hitam atau putih. [Warna-warni di Kaherah~ ^^]

AlhamduLILLAH setakat ini memang kami akan menggunakan mana-mana daripada salah satu pengangkutan di atas setiap hari dan pastinya ke gamaah mahupun madrasah kami.

(Kali kedua, kekoknya berbahasa Melayu, aduhai.)

Jadi kami terfikir, betapa banyaknya pahala (walaupun yang memasukkan kita ke syurga bukan pahala, bahkan rahmat ALLAH) bagi mereka yang bekerja memandu pengangkutan awam.

Ya, mungkin sahaja kadang-kadang terkurang baki.
Ya, mungkin sahaja kadang-kadang tercaj lebih.
Ya, mungkin sahaja kadang-kadang emosinya kurang menyenangkan.

'Ala kulli hal, siapa yang memudahkan kita untuk ke pengajian?
Siapa yang menjadi asbab ALLAH sampaikan kita ke tempat yang dituju?

Jika kita hanya memikirkan diri kita dinaungi para malaikat kerana hendak ke majlis ilmu, apatah lagi orang yang memang titik peluhnya dikerah keringat untuk menyampaikan puluhan orang, malah mungkin beratus tolabul 'ilm dalam sehari sahaja?

ALLAHu AKBAR.

Tidakkah kamu melihat bagaimana ALLAH itu Maha Adil dan Bijaksana?

Mungkin, dan cuma mungkin, mereka tidak punya kesenangan waktu untuk ke masjlis ilmu di Masjid Azhar, tidak mampu ke kelas al-Quran di Muqottom, tidak berkesempatan ke Mawlid di Husin.

Tapi dalam masa satu jam sahaja, sudah berapa kali mereka berulang-alik untuk membawa penumpang ke sana ke mari?

Dalam masa sehari sahaja, sudah berapa kali mereka mendengar bacaan al-Quran yang dipasang di dalam kenderaan masing-masing?

SubhanALLAH.

Jangan nak banding, tak akan terbanding.

Tampar diri sedikit, rendahkan egomu wahai penuntut ilmu.

Di tepi-tepi jalan, seringkali kami melihat teksi yang memperlahankan kenderaan, berborak dengan pemandu di kenderaan sebelah tak lain tak bukan untuk membantu memberitahu jalan.

SubhanALLAH.

Betapa mereka menyenangkan urusan manusia, mudah-mudahan ALLAH menyenangkan urusan mereka di akhirat. Ameen.


Betapa “awesome”nya rakyat Mesir, walaupun betapa ramai menanti tremco, tetapi apabila tremco tidak mahu mengambil penumpang, mereka akan terus bertanya; “as-Solah?” (i.e: Adakah kamu ingin solat?) Dan pemandu sekadar menganggukkan kepala maka yang sudah tersedia berkerumun akan pantas memberikan ruang untuk dia berlalu pergi.

Betapa “awesome”nya rakyat Mesir, sentiasa sedia membantu apabila kami tersesat jalan.

Betapa “awesome”nya rakyat Mesir, sudi menegur jika kami ada tersalah silap. Sudi mengingatkan untuk kami solat sunat.

MasyaALLAH :)

Betapa manisnya berbaik sangka.

Tidaklah manusia itu sempurna dari hati yang terkadang mengetuk menyatakan keraguan.
Tapi keraguan itu boleh ditepis insyaALLAH.

Carilah 70 alasan, apabila melihat kemungkaran.

Kerana kamu tidak tahu, apa yang ALLAH tahu.
Kerana kamu tidak tahu, apa pengakhiran untuknya.

Dan bukanlah, seorang yang menulis untuk memberitahu kebaikannya berbaik sangka, mampu untuk menjaga hatinya sentiasa pula berbaik sangka kembali. ALLAHu RABBi. Sallimna ya RABB.

Moga kita dikurniakan husnul khatimah. Kullukum insyaALLAH. Ameen.

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد


FatahALLAHu'alaik.
ALLAHua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.