Ahlam yang menyepi,
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kisah Ahlam.
Dengan
nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Selawat
dan salam ke atas junjunganku, Rasulku, Nabi Muhammad s.a.w
Hasil
karya Umairah Hawani,
JANJI.
Tangan
dihulur keluar apabila diminta. Terasa sesuatu yang diletakkan dari
atas angin, namun sangat ringan. Ahlam terus mengenggam, menanti
kata-kata. Tiada. Dia berpaling, kerana dipanggil.
Langkah menuju ke arah kereta, mengambil posisi dan terus dibawa
pergi.
Hinggalah
tiba di kediamannya. Pintu dibuka, Ahlam memanggil teman-temannya.
Genggamannya
dilepaskan. Kini dihadapannya, sebentuk cincin emas.
Tangannya,
bibirnya... menggeletar. Dia bingung. Apa harus dia lakukan?
*****
"Kamu
dah beritahu dia ke kamu nak ke Mesir?”
Ahlam menggeleng walaupun dia tahu tiada yang melihat. “Belum,” balasnya kembali kepada ibunya.
“Oh, begitu,” balas ibunya kembali beberapa saat kemudian. Talian komunikasi antarabangsa itu sedikit lambat menyampaikan setiap patah yang berkata.
“Ibu, Mesir ini luas. Kuliah kami pun berbeza. Hanya satu yang akan menemukan kami, yakni jodoh. Kalau ada, insyaALLAH,” balas Ahlam bertujuan menenangkan hati semua pihak dan menutup bicara.
Selang beberapa minit kemudia dia memberi salam dan terdiam sendiri.
Ahlam menggeleng walaupun dia tahu tiada yang melihat. “Belum,” balasnya kembali kepada ibunya.
“Oh, begitu,” balas ibunya kembali beberapa saat kemudian. Talian komunikasi antarabangsa itu sedikit lambat menyampaikan setiap patah yang berkata.
“Ibu, Mesir ini luas. Kuliah kami pun berbeza. Hanya satu yang akan menemukan kami, yakni jodoh. Kalau ada, insyaALLAH,” balas Ahlam bertujuan menenangkan hati semua pihak dan menutup bicara.
Selang beberapa minit kemudia dia memberi salam dan terdiam sendiri.
Benar
apa yang dikata. Jadual kuliahnya sedikit padat. Malah dia juga
mempunyai jadual sendiri. Hanya satu saja yang mampu membuatkannya
bertemu dia. Jodoh.
*****
Laju
kakinya melangkah, mencari tempat kembali. Dia sudah melencong dari
jalan yang sepatutnya. Ahlam bergegas hendak berpatah balik.
Dihadapannya rakan-rakan yang ditemani bersama dua orang musyrif.
Seorang yang baru dikenali, seorang lagi sedang menanti. Ahlam
membiarkan mereka berjalan dihadapan. Seperti biasa, dia mahu
sendiri.
Suasana
Abu 'Ila riuh. Tidak pernah dia bermimpi hendak sampai ke situ. 3
bulan sudah, ramai yang berkunjung. Namun tidak untuk dia. Hadirnya
dia sekadar menjadi peneman. Langkah yang tadinya pantas menjadi
semakin perlahan. Pandangannya dipaling ke arah kiri. Seketika dia
tergamam. Sesaat kemudian, dia memalingkan pandangan.
Ahlam
memejamkan mata. Sesaat dua.
Dari
rentak yang perlahan, langkah kini semakin laju. Ahlam hampir sahaja
mahu berlari, tapi dia risau akan membuatkan teman-temannya tertanya.
Setelah mencari helah, dia akhirnya sendiri. Namun masih di lorong
yang sama. Lorong pertemuan itu, beberapa puluh langkah jaraknya.
Tafsir
Quran ditangannya dipegang rapi. Tasbih digenggam erat. Dia
mengira-ngira.
Lalu
dia berpaling.
Lelaki
berbaju biru itu masih di situ. Sedang melihatnya. Ahlam berpaling
kembali, membelakangkan. Dia mengira-ngira.
Lalu
dia berpaling, sudah tiada.
Dia
tidak tahu mahu mengambil nafas panjang atu menghela nafas lega.
Langkah perlahan-lahan diteruskan, setapak demi setapak. Beberapa
saat berlalu. Matanya tetap menghala ke hadapan, telefon bimbitnya
kini di tangan.
Dari
celah-celah manusia, dari kejauhan, kelihatan seseorang sedang
berlari. Berlari ke arahnya. Ahlam terhenti. Kotak suaranya terkunci.
Si
dia berhenti beberapa tapak di hadapannya. Ahlam tunduk, tidak berani
dia melihat.
Akhirnya
suara itu menegur, suara yang memang dikenalinya sejak hampir 3 tahun
itu. Suara yang sudah sekian lama sepi dari pendengarannya.
"Awak
sihat?”
*****
"Kak
Ahlam nak buat apa sekarang?”
“Kak Ahlam dah istikharah kan?”
“Macam mana dia boleh kenal kak Ahlam?”
“Macam mana dengan 'musyrif'?”
“Kak Ahlam dah istikharah kan?”
“Macam mana dia boleh kenal kak Ahlam?”
“Macam mana dengan 'musyrif'?”
"Kak
Ahlam nak pilih siapa?”
Bertubi
soalan, beribu pendapat. Ahlam bingung. Sudah berapa kali dia
istikharah. 3 tahun lalu, malah kini. ALLAH masih menguji
kesabarannya. Masih tiada petunjuk dan cahaya.
Sudah
lama dia menangguh, sudah berapa yang menanti. Bukan dia manusia
tidak berperasaan berbuat begitu. Tetapi untuk dia menerima seorang
insan menjadi suami bukan suatu perkara yang mudah. Bukan bagi
dirinya, bukan bagi diri sesiapa pun.
Bukan
dia yang meminta, lamaran serentak yang diterima.
Bukan
dia yang menagih, setiap huluran salam disulam kasih.
Ahlam
membuat keputusan, menangguh lagi.
Pelbagai alasan diberi. Pelbagai benteng dibina kembali.
Pelbagai alasan diberi. Pelbagai benteng dibina kembali.
Dia
masih menanti, suatu hari, di mana DIA Yang Esa menjawab
pertanyaannya.
Bersama siapa, harus dia memeterai janji?
Bersama siapa, harus dia memeterai janji?
*****
هفرح دي الفرحة بجد لسه وحشاني
فيها إيه لو تبقى لحظة حلوة وخداني
What would ever happen if I get indulge in a moment of happiness?
ALLAHUa'lam.
pasti dalam dilema ahlam tu kan~~ hmm spt situasi kte juga le~~
ReplyDelete