"Ana tak suka jemaah."

Assalamualaikum w.b.t.

Pada mulanya ana mendapat ilham mahu meletakkan tajuk seperti di atas, ana merasakan tiada apa yang salah. Tiada kontroversi.

Hinggalah saat ana menaipnya, ana merasakan, mungkinkah... ada yang akan salah faham?

Khair, sedikit penerangan insyaALLAH.
Jemaah yang ana maksudkan adalah solat secara berjemaah dan bukanlah... perkara lain. Bagi yang faham maksud ana, insyaALLAH faham. Bagi yang kurang memahami, kekalkan begitu hingga tiba masanya.

Kenapa “Ana tak suka jemaah?”
Atau lebih spesifik lagi ana tak suka solat jemaah.

Permasalahan ini bukan apa yang dialami ana sekarang. Setelah jalan tarbiyah ana lalui di UIAM, pastilah solat jemaah yang paling ana nantikan. Namun, secara jujur, permasalahan bermula seawalnya ana melangkah ke UIAM.

Hakikatnya, bila ana fikir kembali, hanya satu sebab sahaja mengapa ana tidak suka solat jemaah – saf tidak rapat.

Semasa ana di SAM[T]TAR, tarbiyah ana bermula dari kosong sehingga pengetahuan yang cukup untuk ana “selamat” berada 3 tahun di sekolah menengah harian.

Kenapa?

Kerana selama 3 tahun ana di SMKAM2, walaupun setinggi mana cinta dan pengharapan ana terhadap sekolah itu, namun setiap kali godaan datang kepada ana dalam bermacam-macam cara, setiap kali itu ana akan bersyukur ana ditarbiyah dahulu di SAM[T]TAR.

Sehinggakan ana lebih jumud semasa awal tingkatan 3, daripada ana yang sekarang.

Salah satu perkara yang diajar oleh senior dan asatizah di SAM[T]TAR adalah untuk meluruskan dan merapatkan saf. Memang tidak dinafikan, kami akan dimarahi sekiranya saf terputus, tapi kerana itulah, ukhwah antara aspura dan aspuri lebih rapat berbanding pelajar yang berulang-alik dari rumah.

Sakit seorang, seluruh asrama terasa.
Berjaya seorang, seluruh asrama gembira.

Manakan tidak, kami seluruhnya mungkin hanya mencecah 250 orang dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 6 bagi aspura dan aspuri.

Ukhwah yang terbina ditambah saf yang rapat 5 kali sehari, tiada yang lebih erat daripada itu.

Apabila ana berpindah dari SAM[T]TAR, menunaikan solat dengan orang awam, hati ana sangat sakit. Sakit yang mencengkam. Di SMKAM2 sekurang-kurangnya ana boleh meminta dan merapatkan bahu-bahu rakan ana dengan tangan ana sendiri, tapi bagaimana di masjid dan tempat ibadah yang lain?

Sukar sekali.

Hingga kesakitan ana terbawa-bawa ke CFS. Terawih pada semester pertama ana langsung mengerjakannya sendiri. Hinggalah hati ana terbuka untuk solat bersama semasa GCI, ana diuji lagi dengan perasaan sendiri.

Saf terputus dan jaraknya masih boleh dimasuki oleh seorang.
Sedangkan ana sudah mahu mula solat semasa mereka yang lain sudah mengangkat takbir.

Ana memandang ke sebelah lalu bertanya, “Tahu tak cara nak bergerak rapatkan saf?” Dia menggeleng. Ana kecewa. Maksudnya, tidak boleh untuk ana bergerak merapatkan saf kerana jika di sebelah ana kekal, tiada bezanya.

Solat diteruskan. Mata menangis. Hati menjerit.

Saf!

Selepas itu ana trauma kembali untuk solat jemaah, kerana ana takut lebih sukar bagi ana untuk mengejar khusyu', sedangkan jika saf rapat pun belum tentu.

Hinggalah ana ditegur oleh ALLAH.

Pada semester kedua, ternyata ana diagunerahkan dengan dua orang sahabat yang selalu berjemaah. Dan setiap kali ingin solat, ana diminta menjadi imam. Selama dua bulan itu keadaan berterusan, hinggalah kecintaan ana terhadap jemaah kembali di dalam hati.

Betapalah ana mahu bersyukur. Kepada DIA yang ana cintai.

Apabila semester ketiga menjelang, ana terpisah dengan dua sahabat tersebut. Tidak dinafikan ana merasa takut. Bagaimana hendak ana mulakan solat jemaah bersama rakan ana yang memang sudah sedia ana kenali?

Maha Suci ALLAH yang memberi petunjuk dan hidayah.

Hanya 2 kali sahaja seingat ana mengajak rakan-rakan ana solat berjemaah, kemudiannya untuk kali ke 3 ana ingin mengajak, sudah tersedia jadual siapa yang ditugaskan menjadi imam setiap hari. AllahuALLAH.

Betapalah ana mahu bersyukur. Kepada DIA yang ana cintai.

Menetapkan hati ana untuk tetap berjemaah hingga sekarang.
Moga dianugerahkan istiqamah. Allahumma amin.

Pernah sekali ana terbaca, sebuah cerita tentang kelebihan solat jemaah.

*****

Pada zaman dahulu ada seorang mu'min yang sering solat jemaah. Hinggalah pada satu malam dia tertidur di antara Maghrib dan Isya', hinggalah dia terlepas menunaikan solat Isya' secara berjemaah.

Dicarinya seluruh kampung siapa yang belum solat, tidak ditemui.

Lalu dia melangkah ke masjid, lalu solat Isya' sebanyak 26 kali [setengah hadith menyatakan 27]. Bertepatan dengan hadith Rasulullah s.a.w,

"Solat berjemaah itu lebih digalakkan daripada solat bersendirian dengan 27 Darjat".(HR Bukhari dan Muslim)

Selesai solat, dia tertidur kembali lalu bermimpi. Mimpinya dia di padang Mahsyar. Sahabatnya semua menaiki tunggangan ataupun berjalan dengan pantas sedangkan dia lambat sedikit. Lalu ditanya kepada seorang, “Mengapakah kamu lebih pantas daripadaku? Bukankah amalan kita sama?”

Lelaki itu menggeleng seraya menjawab, “Tidak, bukankah kamu pernah tertinggal solat jemaah Isya' sekali?”

"Tapi bukankah aku sudah menggantikan fadhilatnya dengan bersolat Isya' 26 kali?”

"Tidak, pahalanya tetap tidak serupa.”

*****


Jika difikirkan, solat Isya' 26 kali sama dengan menunaikan solat Isya' selama hampir sebulan. Tapi pahalanya tetap kurang dan tidak setanding dengan solat Isya' sekali dengan berjemaah.

Ana akhiri penulisan ana di sini.
Mohon difikirkan.






Credit
Name: Samer Nazzal
Location: Jerusalem, Palestine
Date: 11 August, 2012

Allahua'lam.

Comments

  1. Jadi, apa yang tak suka jemaahnya??..
    hu3, (:
    Penulisan yang baik..jzkk..
    Cuma, setiap orang dikeliling kita adalah mad'u, nak atau taknak kita perlu membawa mreka brsama..
    -Islah nafsak wad'u ghairak..-
    Terserah cara kita hendak mngajak..
    syukran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana dah tulis di atas, sebab saf tak rapat.
      Mungkin ada yang menganggap alasan tak masuk akal hanya kerana itu, tapi memang ana tak dapat kawal perasaan kalau saf tak rapat.

      Dan ana tak maksudkan "jemaah" dalam erti kata lain.

      Allahua'lam.

      Delete
  2. Asalamu alaikum,

    Sorry do not understand the language but I do like the Masjid picture. Come have a read of what we can do in the month of Shawaal. Would love for you to share some words with me over at ireminisces inshAllah.

    ReplyDelete
  3. Sye sgt setuju ! Hampir semua masjid awam masalahnya sama shj psl saf Tapi manusia sekarang makin pandai, lg pandai lg ego, sifat degil makin naik. Bila kita tegur dye plk yg marah kita. Kita yg lenah ni, kita kene la manfaatkn senjata kita : DOA !

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..
    lama x dgr khabar amirah..:)
    harap sntiasa di bawah redhaNya,
    doakan saya jgk,
    pjalanan masih panjang,
    tapi kdg2 mata sntiasa dikaburi segala perhiasan dunia..

    ReplyDelete
  5. teringat semasa di SMKASAS Bota bila membaca entry nih..!! rindunya suasana berjemaah..

    ReplyDelete

Post a Comment

بسم الله الرحمن الرحيم

Popular posts from this blog

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.