Tamparan nafsu.

Assalamualaikum w.b.t.


Sejenak di Ramadhan yang mulia.
Allah memberi ujian, memberi peringatan.


Hamba yang lemah.
Tapi ana tahu, dan insyaAllah akan terus tahu.
Betapa sukarnya, tetap ana ada peluang berkata; "Ya Allah, bantullah aku."
Betapa sakitnya, orang kafir tidak akan mampu mengucapkan ayat itu.


Tampar sedikit diri sendiri.
Bukan fitrah yang sakit, tapi nafsu. Ajarkan nafsu itu. Nafsu yang selalu menipu.


Semenjak Ramadhan tiba, ana tertanya-tanya.
Kenapa dan mengapa, ana masih di Pusat Asasi UIAM?
Apa yang Allah tetapkan, hingga ana masih di sini?


Sedangkan istikharah yang ana lakukan, petunjuk yang ana dapat.
Bukan satu, bukan dua tapi sepanjang perjalanan.
Dan akhirnya, ana tahu.


Sepanjang ana di sini, Allah membimbing.
Dari satu talaqqi ke talaqqi yang lain.
Dari usrah mendengar tajwid kepada kelas tasmi'.
Dari setiausaha kepada... bekas setiausaha.


Pelik, sejak seawalnya semester ana dijemput, masuk ke mesyuarat itu, mesyuarat ini.
Pelik, setiap kali iftar ana diundang.
Pelik, sampai satu saat semua senyap. Ana terpaksa memulakan.


Ya, malam itu ana terpaksa.
Tapi ana tahu masalah itu ana harus selesaikan, benteng mereka itu ana harus pecahkan.
Dan ana semakin tertekan, kenapa mereka masih tidak memahami?
Bahawa ana tak nak terlibat, bukan sebab ego, bukan sebab ana dah letak jawatan, tetapi ana tidak mahu bertambah sayang. Hinggakan ana hampir tidak mahu pergi.


Lama ana berfikir, sungguh.


Dan akhirnya ana tahu.
Bahawasanya Allah menegur ana.
Ana berlari ke sana ke mari menuntut ilmu.
Ana berkeringat ke timur dan barat mendekati ulama'.
Tapi jarang, mungkin tidak pernah, ana sampaikan.


Dan sepanjangnya semester ini, Allah berkehendak ana menyampaikan.
Dari satu tazkirah kepada tazkirah yang lain.
Dari seorang sahabat kepada sahabat yang lain.
Dari banat kepada banin.
Dari fitrah ana kepada nafsu ana.


Dan ana ditegur, dengan penuh hemah oleh Allah yang Maha Penyayang,
oleh insan yang telah Allah bukakan hijab pandangan ana.
Betapa tertusuknya hati, bila dia berbicara.


"Jangan isi kekosongan masa dengan kekosongan jiwa."


3 malam berturut-turut, Allah menegur ana dengan kalamNya yang sama.
Pertama daripada ustaz, kedua kali daripada dia, ketiga kali daripada sahabat ana.
Mana mungkin mereka tahu bahawasanya apa yang dibaca mereka itu sama.
Pada orang yang sama; ana Amirah Hazwani.


Allahu Allah, betapa sungguh, ana buta selama ini.
Betapa ana pekak selama ini.
Betapa ana bisu selama ini.


Mereka berkata; hakikat yang memberi peringatan adalah kepada yang berkata itu sendiri.


Allah membuatkan diri berkata, dan akhirnya diri ini yang terkesan.

Dan apabila dia menulis, apabila dia memohon maaf.
Sedangkan diri ini yang tertipu dengan nafsu. Nafsu yang memilih dunia.


Semoga dia menjadi seorang yang zuhud.
Semoga ana dikuatkan Allah untuk berlari.


Tiada guna hati, yang mencintai selain Dia.


Wahai hamba ALLAH,
jangan sekali kamu mengeluh akan kurangnya waktu tidurmu.
Tapi menangislah jika kekurangan itu kerana diisi dengan dosa yang zahir mahupun batin.

"Dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH,
sesungguhnya amat berat seksaanNYA." [5:2]

Wahai hamba ALLAH,
janganlah membiarkan diri ditipu dengan pandangan manusia menunjukkan keletihanmu berjihad di jalan ALLAH,
kerana itu permainan nafsu semata.

"Dan barangsiapa mengagungkan syiar ALLAH,
maka itu sesunggunya timbul dari ketaqwaan hati." [22:32]

Wahai hamba ALLAH,
ingatlah,
bila habisnya usia kita tidak tahu.
Mungkin sepluh tahun lagi, sepuluh hari, sepuluh saat.

"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau.
Dan jika kamu beriman serta bertaqwa, ALLAH akan memberikan pahala kepadamu dan DIA tidak akan meminta hartamu." [47:36]


"EDUCATE your nafs,
if you failed, give it a SLAP."

Allahua'lam.

Comments

  1. Asalamu alaikum, jazakAllah khair for sharing, come see some Ahadeeth Regarding Ramadhan inshAllah

    ReplyDelete

Post a Comment

بسم الله الرحمن الرحيم

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.