Irama dan lagu.

Assalamualaikum w.b.t.


Islam itu mudah.
Muzik itu indah.


Pilihan, masing-masing.





طالما اشكو غرامى يا نور الوجود

وانادى يا تهامى يا معدن الجود

Lama sudah aku menanggung rindu;
Wahai cahaya alam yang indah,
Serta aku menyeru, Wahai Nabi s.a.w,
Wahai punca ilmu yang pemurah.


منيتى اقصى مرامى احظى بالشهود

وارى باب السلام يا زاكى الجدود

Impianku setinggi-tinggi cita-cita;
Moga diberikan tuah dapat melihatmu;
Juga melihat Bab al Salam (di Masjid Nabawi);
Wahai sesuci-suci insan.
.

يا طراز الكون انى عاشق مستهام

مغرم والمدح فنى يا بدر التمام

Wahai hiasan dunia ini,
Aku amat cinta dan rindu padamu;
Hanya pujian menjadi persembahanku;
Wahai bulan mengambang penuh.


اصرف اعراضا عنّي اصناني الغرام

فيك قد احسنت ظنّي يا سامى العهود

Jauhkanlah segala penghalangku daripadamu;
Yang kupendam hanya kerinduan terhadapmu;
Padamu aku bersangka baik;
Wahai yang benar pada janjinya.

.

يا سراج الأنبياء يا عالي الجناب

يا إمام الأتقياء إن قلبي زاب

Wahai pelita sekalian Rasul!
Wahai insan yang mempunyai setinggi-tinggi kedudukan,
Wahai Imam orang-orang yang bertaqwa,
Sesungguhnya hatiku terpaut padamu.

.

وعليك الله صلى ربى ذو الجلال

يكفى يا نور الاهلة ان هجرى طال


Ke atasmu, moga Allah mencurahkan rahmat;
Tuhanku Yang Mempunyai Keagungan;
Cukuplah, wahai Cahaya Bulan;
Sesungguhnya perpisahanku denganmu telah terlalu lama.


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Siapa kata, ana tak dengar lagu "kontemporari"?



Terdengar bisikan mesra,
Kalimah keramat bermentera.
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu.

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
Keagungan kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu.


Pilihan, masing-masing.
Walaupun ana mengaku, tak adalah ana dengar lagu kontemporari sangat sekarang.
Dan ana juga mengaku, ana "ter"suka Michael Buble, Bach dan lain-lain masa ana "muda" dulu.

Dan ana masih lagi suka, cuma tidaklah mendengar lagi.
Kalau "ter"dengar, tidaklah sehingga lagha, insyaAllah.



Ana pernah, digelar jumud. Bukan setakat depan ana, tapi depan satu dewan, menggunakan pembesar suara.
Ana terasa, tapi sekejap saja alhamdulillah.
Sebab ana tahu,
Pilihan, masing-masing.




Bila seseorang bercakap, itu saatnya kita perlukan telinga.
Untuk medengar.
Bila seseorang menerangkan, itu saatnya kita perlukan akal.
Untuk berfikir.

Bak kata orang, "api jangan dibalas api."
Begitulah, perkataan jangan dibalas dengan perkataan berlawanan.
Diam, dan berfikir.
Kemudian, barulah membalas.

Sukar, tidak dinafikan.
Tapi ana pegang satu sirah yang ana pernah dengar.
Saidina Abu Bakar r.a, meletakkan batu di dalam mulutnya supaya tidak berkata-kata sesuatu yang salah. (Kalau salah, mohon maklum.)
Secara tidak langsung, menjadi salah satu sebab baiknya berniqab.
"Sukar" untuk berbicara tanpa berfikir dahulu.


Wallahua'lam.

Comments

  1. lagu yg mendidik jiwa..terima kasih atas perkongsian lagu..

    ReplyDelete

Post a Comment

بسم الله الرحمن الرحيم

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.