Hidup dengan redha dan sunnah.

Assalamualaikum w.b.t.


Semalam, ana kembali ke Shah Alam.
Esok, insyaAllah ana kembali ke CFS IIUM.


Hari ini, ana mendapat berita, permohonan pembiayaan ana tidak berjaya.




Khair, ana usaha.


Meniti hari-hari terakhir di Taman Ilmu dan Budi tercinta, ana sering memandang langit.
Satu malam, ketika ana sedang bersama saat terakhir mengulangkaji bersama mentee, Allah memberikan ilham ana memberi sepatah dua kata.


"Kalau ana nak baca al-Quran 40 kali, ana lihat langit."


Sungguhpun sering berbuat begitu, tapi ana tidak pernah meluahkan.
Tidak ana katakan, tidak pula berniat menyimpan.


Hinggalah sekarang ana teringat kata-kata sendiri. Ana melihat langit.


Dan suatu ketika Allah melintaskan bait-bait ayat di fikiran ana.


Adakah langit itu tahu,
akan manusia yang memuji kecantikannya?
Sedangkan ia menyibukkan diri mengingati Allah.


Ana jatuhkan pandangan, memandang padang CFS yang menghijau.


Adakah rumput itu tahu,
akan manusia yang tenang melihat kehijauannya?
Sedangkan ia menyibukkan diri bertasbih memuji ya Rabbi.


Ana teringat laut.


Adakah lautan itu tahu,
akan manusia yang terpegun  dengan kebiruannya?
Sedangkan ia menyibukkan diri memuji kekuatan Pencipta?


Pernah Syeikhuna bertanya, "Kalau melihat bangunan konkrit dan pemandangan semulajadi, melihat mana satu hati akan menjadi tenang?"


"Pasti melihat pemandangan semula jadi bukan? Kerana ia lebih dekat dengan Allah."






Ana mencari-cari ilmu, khair.
Tapi ilmu itu tidak akan ke mana-mana tanpa amal.


Apabila setiap langkah cuba dijadikan sunnah Nabi s.a.w tercinta,
apabila setiap perbuatan cuba mencari keredhaan Tuhan.


Tapi ana tidak mahu ana seorang. Keluarga, rakan, guru-guru, kenalan.






Kebelakangan ini Blok E dikunjungi bukan ana seorang.
Terasa, terganggu.
Tapi ana juga kena sedarkan diri bukan ana seorang tinggal di dunia.


Teringat, apabila menjadi wakil memberi ucapan di jamuan 190, 194, 137.
Ana memberitahu mereka, tentang pemergian ana, jika diizinkan Allah.
Hampir ana menangis, ana tukar topik.


Mulanya ana hairan, kenapa perlu ana bersedih?
Siapakah yang dihadapan itu pada ana?


Kawan ana. Ikhwanul Muslimin ana.


190, sudah tiada.
194, bakal tiada.
143.


190 berpisah daripada dua menjadi tiga: 143, 144, 145.


Ana terharu, dengan kata-kata dua ikhwan yang mengatakan akhwat tidak "bising."
Walaupun ana tahu, antara kami ana adalah yang paling banyak bercakap.






Peperiksaan tinggal lagi 2 hari.
Selepas tamat, ana akan terus bekerja mencari rezeki.
Mencari dana untuk ke Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir.


Tidak ana lakukan sesuatu tanpa ketenangan hati.


Wallahua'lam.





Comments

Post a Comment

بسم الله الرحمن الرحيم

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.