Posts

Showing posts from 2012

Ada apa, dengan cinta?

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Penat. Kesedihanku semakin melarat. Rindu yang semakin memberat, hati bagaikan di siat-siat. ALLAHu rabbi. Kau masih tersenyum mengubat lara, selindung derita yang kau rasa. Senyuman yang mententeramkan, setiap insan yang kebimbangan. Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita, di pangkuan isterimu Humaira. Menunggu saat ketikanya, diangkat rohmu bertemu Yang Esa. Tangan dicelup di bejana air, kau sapu di muka mengurangkan pedih. Beralun zikir menutur kasih, pada umat dan akhirat. Dan tibalah waktu ajal bertamu, penuh ketenangan jiwamu berlalu. Linangan air mata syahdu, iringi pemergianmu. Oh sukarnya untuk umat menerima, bahkan payah untuk Umar mempercaya. Tetapi iman merelakan jua, bahawa manusia kan mati akhirnya. Tak terlafaz kata mengungkap hiba, gerhanalah seluruh semesta. Walaupun kau telah tiada, bersemarak cintamu selamanya....

Akan ku terus, menunggu.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Biarkan aku terus di pintu-Mu, hingga Engkau berkenan menerimaku. Biarkan aku berdiri kaku, hingga Engkau tiba padaku. ( Syair Imamul Haddad)

Lighten the soul.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selawat Habib Ahmad Mahsyu Thoha alHaddad I just don't care what people said, I don't want to hear any more complaints. Arabs are Arabs. For three months being here in Cairo, I have less than few minor disturbance. Other than that, I was relatively amazed of the akhlaq of Arabs around me. Simple example, earlier this morning I went to Suq Tsamin along with one of my ahli bait. To cut it short, we went to BKAN Terengganu first before the suq. When I was in the bus, I just realized that, I lost my 200LE. It is equal to RM100. I was stunned. I know it was my fault as I put it recklessly in my pocket. It can easily slipped out when I pull my purse out of it. I was... really stunned. For a few seconds I was thinking of million ways to save money to pay back, as the 200LE was for households items. Suddenly, someone poked me. And the conductor stood besides ...

Pintu hatinya;

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. "Dan berilah peringatan dengan apa yang diwahyukan itu kepada orang yang takut akan dihimpunkan dihadapan Tuhannya, sedang mereka tidak ada seorang pelindung dan pemberi syafaat pun selain daripada ALLAH agar mereka bertakwa.” 6:51 "   Give this warning to those in whose (hearts) is the fear that they will be brought (to Judgement) before their Lord: except for Him they will have no protector nor intercessor: that they may guard (agains evil).” 6:51 Pada malam 25 November, hari ke-55 kami di Mesir, 23:11 waktu di sini. Dengan takdir ALLAH, kami dilamar seorang hamba, seorang ustaz, melalui perantaraan gurunya. Jika dahulu, mungkin terus saja kami dikawal emosi dan menolak. Jika tanpa ilmu, mungkin akal tidak berfungsi malah terus menerima. Namun teringat di hati kami kata-kata Syeikh Rohimuddin. Lalu kami membalas kepada mereka, “Istikharah dengan ALLAH, musyawarah dengan guru dan keluarg...

Bubbles from the sea;

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. The end of my second month here is approaching soon. And my, how had I changed and re-changed after changing. People says, life is like a wheel, sometimes ball or even roller coaster. Whatever it is, it will be once up, once down and up and down all over again. "So, verily, with every difficulty there is relief: Verily, with every difficulty there is relief.” 94:5-6 I had been in another mode for quite a while. So here am I again. Just simply me, writing. This only post perhaps, just to tell you what is going on in my life. A simple post, from one of zillion humans. This previous week had been hard. Not very, but almost. To start with, I had a very busy weekend (that is Thursday and Friday here in Egypt) therefore I think I had lost my pace of getting things right in schedule. Everything was – almost – a mess. Syeikhuna Rohimuddin was leaving 'ala thul. I had ...

Ia yang mati.

Image
Dengan nama ALLAH, yang Maha Melihat. Yang membolak-balikkan hati. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tidak terhitung dengan jari dosa diri. Bukan kiraan di tangan ini. Namun semua makhluk di muka bumi. Masih, tidak terhitung lagi. ALLAH, hitamnya hati! Di hadapan mata seekor kucing sedang mencari makanan, berdiamnya ia di tengah jalan. Di bahagian belakang terdengar deruan, kereta meluncur tanpa memerhatikan. ALLAH, sungguh kasihan! Terlompat ia di situ, sedangkan diri berdiri kaku. Berjalan mencari orang Melayu, dengan harapan mungkin membantu. ALLAH, tiada walau satu! Sekembalinya diri yang lemah, ke tempat tumpahnya darah. Takdir menentukan terlewat sudah, ia sudah kalah. Terkulai lemah. ALLAH, rahmatilah! Kazib seribu kali kazib. Penipu. Majnun seribu kali majnun. Gila. Khayalan semata! Wahm. Bermimpi menjadi doktor cemerlang terbilang. Berangan ilmu di dada tidak akan hilang. Apa guna ilmu ...

Bicara rindu dari cinta.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bagaimana harus ku meluahkan rasa rindu? Benar hati rindu. Sungguh diri merindu. Tak mungkin menipu, pilu menahan rindu. Habibuna, wa syeikhuna, wa ustazuna. ALLAH. Bagaimanakah keadaan guru-guruku ya ALLAH? Hanya kepadaMU takdir ku serah. Apa saja berlaku, akan ku pasrah. Tidak akan sekali ku pernah, ya RABB tidak akan diri ini pernah. Dengan izinMU tidak akan berasa marah. Tambahkan ilmu mereka ya 'ALIMul HAKIM. Sinarkan ibadah mereka ya 'AZIZ. ALLAHumma amin. Rindu, menatap wajah guru. Rindu, mendengar bicara hikmah. Rindu, segalanya. "Apa gunanya berlari ke sana ke mari mencari ilmu, jika kamu tidak dapat mendirikan solat sunat dua rakaat sebelum Subuh.” Di Ardul Kinanah, ditarbiyah lagi. Ditarbiyah lagi, ditarbiyah lagi. "Jika ALLAH tidak bagi kamu cinta, bagaimana kamu mencintai?” p.s: Its been a while. Since my las...

Talaqqi wat Tibb 1: Al-Hubb-Biochemistry.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Baru kembali dari Suq Tsamin, selepas tamat kelas satu-satunya hari yang tamat 12 tengahari tadi. Selepas solat di masjid Fatimah az-Zahra', maka diizinkan ALLAH selamat tiba dan selamat kembali ke Baiti Jannati di Hayyu Safarad. Dan tatkala hati riang gembira melihat masa yang memungkinkan untuk kami menulis, segala puji bagi ALLAH. Al-Fatihah. Kitab talaqqi: Al-Hubb wal Mahabbah Ilahiyyah, 'Ibn 'Arabi. Kitab tibb: Biochemistry for Medical and Postgraduates Part 1, Said Oraby. Perumpamaan cinta wanita kepada lelaki itu adalah dari juz kepada qul . Perumpamaan cinta lelaki kepada wanita itu adalah dari qul kepada juz . Cinta qul kepada juz adalah lebih kuat. Kerana, satu qul mungkin boleh ada banyak juz . Tetapi, t idak mungkin satu juz itu mempunyai lebih dari satu qul. Makanya, dibolehkan ta'addud . Di satu sudut yang lain, boleh diumpakan ...

The dinar spent.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. I still remember that moment. The moment when I was still safe and sound, attending Ta'lim an-Nur by my first Syeikh. And I also, still remember that moment biiznillah. The moment when I started to search for more. I never wonder, the reason why. But it had started, therefore I continue. InsyaALLAH. My second Syeikh, ya'ni Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki taught me a lot about being the slave of ALLAH. He did pushed my mind to accept things - just like that. To hold in my hand, and heart a part of one verse in the Quran: "But, truly, the Command is with ALLAH in all things!" 13:31 Why, exactly? Truth to be told, it involves something worldly but you may take benefits from it for the Akhirat. That is, money. To run around and about here, sometimes there - even in Selangor only - demands a certain amount of money. Not to mention the price of the books. And for tolabul 'ilm especi...

Warkah untuk dia.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tidak pernah menyangka. Keadaan akan menjadi begini. Bagaimana harus memulakan bicara? ALLAH. ***** Sahabat, kenapa itu yang dikau luahkan? Kenapa perasaan itu yang dikau ikutkan? Bicaramu, mereka yang hanya di dalam masjid itu tidak patut ada di dalam Islam. Tertera di ayatmu menggelar mereka sufi. Terus ku cantas, dan dikau menarik kembali sufi itu. Namun, tetap sahaja kukuh pendirianmu. Mereka yang hanya di dalam masjid itu tidak patut ada di dalam Islam. Beberapa minit itu diri ini marah. Benar. Apa yang berlaku padamu sahabat? Dan kemudiannya beransur kepada kesedihan. Kerana marah tidak berguna. Hati masih bertanya, apa yang berlaku padamu di Malaysia? Maaf seribu kali maaf. Persoalanmu tentang sufi dan tasawuf, bukan hak diri ini hendak menjawab apatah lagi menerangkan. Faqir masih lagi faqir, ilmu di dalam dada hanya sehalus debu yang ber...