Ada apa, dengan cinta?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Penat.
Kesedihanku semakin melarat.
Rindu yang semakin memberat,
hati bagaikan di siat-siat.

ALLAHu rabbi.


Kau masih tersenyum mengubat lara,
selindung derita yang kau rasa.
Senyuman yang mententeramkan,
setiap insan yang kebimbangan.

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita,
di pangkuan isterimu Humaira.
Menunggu saat ketikanya,
diangkat rohmu bertemu Yang Esa.

Tangan dicelup di bejana air,
kau sapu di muka mengurangkan pedih.
Beralun zikir menutur kasih,
pada umat dan akhirat.

Dan tibalah waktu ajal bertamu,
penuh ketenangan jiwamu berlalu.
Linangan air mata syahdu,
iringi pemergianmu.

Oh sukarnya untuk umat menerima,
bahkan payah untuk Umar mempercaya.
Tetapi iman merelakan jua,
bahawa manusia kan mati akhirnya.

Tak terlafaz kata mengungkap hiba,
gerhanalah seluruh semesta.
Walaupun kau telah tiada,
bersemarak cintamu selamanya.

Ya RasulALLAH,
kau tinggalkan kami warisan yang abadi.
Dan bersaksilah sesungguhnya,
Kami merinduimu.



*****

Berkali diketuk pintu hatiku,
ditanya adakah peluang untuk bertamu.
Berkali ku katakan sabarlah menunggu,
masih tidak tetap pendirianku.

Tidakkah ada yang memahami kalamku itu?
Tidak mungkin, akan ku mencintai sesiapa melebihi DIA Tuhan Yang Esa.
Tidak mungkin, akan ku merindui sesiapa melebihi dia rasul junjungan.

Tidakkah ada yang memahami?



****

Keputusan dibuat, akhirnya kusenaraikan.
Si dia begini dan begitu.
Yang lain begini dan begitu.
Ku hantarkan pada Malaysia. Wakil dan wali.

Terserahlah, yang mana.
Penat.

ALLAHua'lam.



Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.