Posts

Showing posts from April, 2013

Do not wear niqab; IF...

Image
BismiLLAHirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh. A change for a better good. How should it be? To what extent? What does it mean, really, to wear niqab and such? Nothing. Nothing if you think it that way. There is merely no difference, a Muslim wearing niqab or not. The person herself might feel like a ghuraba' (stranger), but it is deep inside. You just can't live in this world, with the people, if you act like one. You know, being different is good but sometimes it is not unique. It is not wrong either, as you can't find two persons exactly the same! Just, don't make niqab as a HUGE wall between you and others. We was told by our Syeikh, if our niqab made us so shy and such, it is better to not wear it. Hold on , don't have a wrong thought about my Syeikh! He meant that; if the niqab made us shy to ask question -- what's the point? If the niqab kept our mind busy with other th...

Ya Umayr!

Image
BismiLLAHirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh. Sesungguhnya, setiap amal itu bermula dengan niat. Dan kami, terkesan lagi dengan hati. Bersedih dengan hati. Saatnya melangkah ke pengajian selepas Maghrib tadi, tahu dan sedar, ALLAH-lah yang menggerakkan. Maka jasad hanya menurut. Seperti mana kami tak meminta diciptakan begini, kami juga tak ingin meminta hidup selain daripada ini. Kullu khair. Tidak semena-mena lidah bertutur, "Semangat, Umayr!" "Umayr, Umayr, Umayr!" Kau - tak - akan - bergerak - tanpa - kekuatan - dari - ALLAH! Menyusur jalan ke Enppi, menunggu pengangkutan awam. Sampai dan melangkah ke atas. Bulan sudah mula sempurna, hampir tamam. Ya Nabi, Ya Salam, bilakah waktu kita akan bertemu? Menegur ahli pengajian, ahbab mahupun bukan. Setiapnya bagi kami pencinta. Semua pencari. Mencari DIA yang dekat. Sepertinya, hari yang biasa, sah? Bahkan tidak. Baru sah...

Ilham IV: Pencinta hati.

Image
BismiLLAHirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh. Ketika kami merujuk kepada Syeikh untuk taqdim yang diterima, kami menerima jawapan: Tell him that he is crazy. Tell him, that I love you too. Syeikh sering menekankan, beliau menyayangi kami. Seperti anak-anaknya. Masakan tidak, seorang guru di sekolah biasa sahaja sudah menyayangi anak murid mereka. Apatah lagi seorang Murabbi, yang di bawah tanggungannya kami. Memimpin jalan, menunjuk arah satu persatu menuju Ilahi. Pencinta hatiku siapa? Ibu, bapa, keluarga. Syeikh. Setiap yang mengajarku dari awal hingga akhir. Hanya orang yang merasa, dia mengetahui. Kemudian, pencinta hatiku siapa? Ada seorang. Dia mengetahui akanku sebelum diriku lahir. Dia menangisi akan diriku sebelum diriku mengenali dia. Dia mendoakan akanku sebelum aku mengaku cinta padanya. Dengan cintanya, seluruh alam bergembira. Ya Nabi, Ya Salam. Tipu. Jika kami mengaku bahawa cinta kam...

Moga ALLAH memberikannya rahmat!

Image
BismiLLAHirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh. Pernah kami meluahkan rasa di laman Facebook. Memberitahu rakan-rakan, bahawasanya, kami akan tawaqquf talaqqi. Imtihan sudah dekat. Ditakdirkan, sampai ke hari ini tidak tawaqquf . Semasa peperiksaan pertengahan semester yang lepas, kami hairan. Hairan kenapa kami masih bertalaqqi? Kenapa, masih di situ? Hinggakan, buku langsung tidak dibuka. Sehinggalah pagi imtihan . Itupun tidak terbangun awal. Sekadar selepas Subuh pukul 6 begitu baru membaca. Imtihan bermula pukul 10. Masa itu, hanya ada kami dan DIA. Kami ada DIA. AlhamduLILLAH, kullu khair. AlhamduLILLAH 'ala kulli nikmah. Tetapi, seperti biasa, seperti hamba, kami diuji. SubhanALLAH, kami gembira dalam kesedihan kerana diuji! Kami tahu, kami sedar, ALLAH mengingati. Nafsu kami sakit, kami perlu sembuh. Mubasyaratan ! Jadi kami terjun langsung ke dalam lautan itu. Bagaikan seekor kambing yang menyerahkan nasibnya di hadap...

Ilham III: Berhati-hati.

Image
BismiLLAHirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh. Pernah satu ketika di SMK Alam Megah 2, seorang pakar motivasi menziarahi kami. Muqaddimahnya; satu persoalan: "Siapa pernah gagal Matematik Tambahan?" Semua pelajar kelas Sains, kecuali seorang pelajar cemerlang Melayu dan beberapa pelajar berbangsa Cina mengangkat tangan. Beliau berkata kepada kami, "Cuba pandang kiri dan kanan." Kami melakukan seperti yang diarahkan lantas kembali memandang beliau. Dengan tenangnya dia berkata, "See, you are not alone. Don't worry. " ***** Macam mana, nak jaga hati? Entah. ALLAHua'lam. Tak tipu, kami tak tahu. Kadang-kadang, jawapan itu berdasarkan kepada siapa yang menyoal. Bukan soalan itu sendiri. Bahkan, apabila kami menyelak-nyelak kitab Tafsirul Ahlam (Interpretation of Dreams) yang ditulis Imam Ibn Sirin, (maqamnya berdekatan Sayyida Nafisah. AlhamduLILLAH dikurniakan rezeki ziarah.) apabila beli...

Bijaksana, Cahaya Keadilan.

Image
BismiLLAHirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh. "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." Surah Al Hadid : 22-23. Dari: Kekasihku; Fatin Nuradilah. Baru sebentar tadi, berbicara dengan sahabat di Universiti Tanta, Kaherah. Sahabat yang ditakdirkan ALLAH, bersama dia diri ini melangkah merata. Bersama dia mencari seribu cara. Menelan sejuta rasa. Fatihah Izzah, C: Ku katakan kepadanya: "Best-nya duduk di sini....