Ditulis pada,

Assalamualaikum w.b.t.


Dikatakan kepadaku,


"Kita bagi nasihat sebenarnya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri."


Baru sebentar tadi menghantar pesanan ringkas kepada rakan,
"Mood swing, Iman swing."


Ana tidak tahu siapa yang tidak berasa sedih dengan perubahan diri sendiri, ke arah yang tidak disangka-sangka.


Kata Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam An-Nadwi Al-Maliki,
"Iman itu ada turun naiknya. Siapa yang tidak menghadiri majlis ilmu dalam masa 40 hari, dikhuatiri hatinya menjadi keras." [Ada bahagian ana terlupa]


Dah lama tak menulis untuk diri sendiri.
Mungkin dah sampai masa ulang kembali pembacaan.
Bahkan, manusia sering lupa.


Perbaharuilah imanmu dengan lafaz la ilaha illallah dan carilah pahala di sisi Allah kerana cubaan yang menimpamu. Janganlah sekali-kali engkau katakan :”Andaikan saja hal ini tidak terjadi”, tatkala menghadapi takdir Allah. Sesungguhnya  tiada ada taufiq kecuali dari sisi Allah.
ditulis pada November 14, 2011.



“Malu dan iman senantiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya.”
[Shahîh: HR.al-Hâkim (I/22), ath-Thabrâni dalam al-Mu’jâmush Shaghîr (I/223), al-Mundziri dalam at-Targhîb wat Tarhîb (no. 3827), Abû Nu’aim dalam Hilyatul Auliyâ’ (IV/328, no. 5741), dan selainnya. Lihat Shahîh al-Jâmi’ish Shaghîr (no. 3200).]

ditulis pada November 19, 2011.


Saidatina 'Aisyah dalam hadis muttafaq 'alaih menyatakan: "Tidak ada nafilah, solat sunnah, yang sangat dijaga pelaksanaannya oleh Nabi Saw. melebihi dua rakaat fajar." (HR. Bukhari dan Muslim)
ditulis pada November 4, 2011.

Allahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.