Travel log 14: The Travel Not Yet Taken.

Assalamualaikum w.b.t.


Ana selalu terfikir, "Kalau boleh nak semua orang pergi talaqqi."
Walaupun sebenarnya, "Kalau pergi pun, jangan ikut ana. Ana kurang berkenan berjalan ramai-ramai."


Bukan apa, ana memang kurang tertarik hati berjalan berdua, bertiga dan lebih dari itu. Walapun akhir semester 3 lepas ana bahagia bersama seorang sahabat ke talaqqi. Mungkin hanya beberapa hati sahaja yang ana terpaut padanya.


Khair, alhamdulillah setakat ini tidak ada  yang ana tersangat terdesak untuk musafir lebih 2 marhalah, jadi ana masih lagi dibawah ami dan abah ana sepanjang ana bersendiri ini.


"Terkadang, bersendirian itu melembutkan hati."


Ustaz Azhar Idrus.


Ala kulli hal, pastilah ana tidak sendiri sebenarnya,


"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari hadapan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah... ila akhir ayah."

Ar-Ra'd: 11


Tadi semasa talaqqi, ana mendapat berita, Madrasah Tazkiyah, tempatnya Madrasah an-Nur dilangsungkan setiap hari Ahad akan berpindah ke USJ. Alamat penuhnya:



Madrasah At-Tazkiyah,
Jalan USJ 1/2B ,
47620 , Subang Jaya ,
Selangor.


Pendaftaran baru dibuka untuk sesiapa yang berminat:
http://al-fanshuri.blogspot.com/2012/06/pendaftaran-pelajar-baru-madrasah-at.html

Oleh kerana ada beberapa banin dan banat dari CFS IIUM sendiri yang sering ke Madrasah an-Nur semasa semester baru dibuka, insyaAllah pada 17 Jun akan bermulanya talaqqi di lokasi baru. Niat mendapat redha Allah, ana lampirkan di sini bagaimana hendak ke sana dengan pengangkutan awam.


Moga Allah redha.


Dari CFS IIUM, PJ menaiki bas ke KL Sentral.
Seperti biasa jalan sedikit ke perhentian bas.
Dari KL Sentral menaiki bas U63 ke Subang Mewah.
Sepanjang pemerhatian ana, banyak bas U63. Mungkin ramai ke sana. Alhamdulillah.
Berhenti di Summit, USJ [shopping mall warna oren tak silap.]
Dari Summit, USJ menaik bas T523 ke Persiaran Subang Permai.


Kos perjalanan: RM6.00 pergi sahaja.


Ada dua tempat boleh berhenti, kerana bas tak masuk ke kawasan perumahan, jadi perlu berjalan sedikit. Moga Allah beri kekuatan.


Pertama, berhenti di Shell dan terus berjalan ke dalam hingga jumpa alamat. Di situ semua jalan dinamakan Jalan USJ. Hanya perlu cari USJ 1/2B.

Kedua, berhenti di Tuisyen Mahkota dan terus berjalan.



Oleh kerana ana tak pernah lagi cuba mana-mana, jadi ana tak dapat nak agak berapa minit perjalanan dan sebagainya.


Jadual perjalanan bas T523: http://www.myrapid.com.my/journeyplanner/bus/details?code=T523
Peta perjalanan T523: http://www.myrapid.com.my/journeyplanner/bus/map?code=T523


Dari IIUM Gombak pula, ana berpendapat mungkin pengangkutan menggunakan LRT lebih baik daripada terus menuju ke KL Sentral pada awalnya.


InsyaAllah, perjalanan seperti berikut.


Dari IIUM Gombak menaiki bas ke LRT Gombak.
Menuju ke LRT Bangsar dan lintas jalan.
Dari LRT Bangsar menaik bas BET3 ke Subang Mewah.
Berhenti di Summit USJ.
Dan selebihnya seperti di atas.


Kos perjalanan: RM6.90 pergi sahaja.


Untuk ini, agak mahal sedikit. Ada lagi 2 jalan lebih murah sedikit beberapa sen tapi pada pendapat ana tidak berbaloi kerana memerlukan berjalan yang lebih. Kerisauan ana pada kelewatan sampai ke lokasi.


Untuk perjalanan lain: http://jp.myrapid.com.my/#from=115&to=4384&prefer=rail


Khair, insyaAllah kitab yang disyarahkan seperti biasa.


Tafsir Ibn Kathir.
Sahih Bukhari.
At-Tanbih.
Dakwah Yang Sempurna Peringatan Yang Utama.




Sabtu lepas, Syeikh Fahmi khabarkan tentang Talaqqi Akbar dari 6 Disember hingga 9 Disember insyaAllah.


Ana tak ada maklumat penuh kerana kertas hebahan dah habis. InsyaAllah kalau ana maklumkan.


Perkongsian laman web:
http://www.pamiesz.com/2009/07/jadual-talaqqi-umum-al-azhar-dan.html

http://ikhwanzhaki.blogspot.com/2012/02/daurah-dan-talaqqi-kitab-turath-22-dan.html


Allahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.