Bermimpilah bersamanya.

BismiLLAHirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Kisah Ahlam.

Ehlam Ma'aya.
Bermimpilah bersamaku.

"BismiLLAH."

Ahlam melompat keluar dari tremco. Van yang sentiasa bersedia membawa penduduk Kaherah ke destinasi masing-masing dengan bayaran serendah LE0.50 hinggalah setinggi LE2.

"AlhamduLILLAH."

Dia selamat tiba di Bawabah Thani. Pandangannya kini terhala ke arah kasutnya.

"BismiLLAHi masyaALLAH."

Kasut yang tersedia koyak di bahagian depan, kini sudah semakin rabak.
'Dah macam mulut buaya,' bisik hatinya sendiri.

Dia membiarkan keadaan kasutnya yang begitu. Bagaimana mahu menukar? Dia sudah serik untuk memikirkan tentang itu. ALLAH masih kata 'tidak'. Manakan dia mahu mengatakan 'ya'. Tidak, dia tidak akan katakan ya.

Suasana petang di Kaherah, masih tidak berubah walaupun suhu semakin meningkat. Jika membasahkan diri, sekejap sahaja sudah berpeluh kembali.

Kalau diikutkan hati, boleh sahaja dia duduk bersenang-lenang. Imtihan sudah hampir sampai ke penghujung. Boleh sahaja dia setia di rumah berhadapan segala macam hiburan.

Tapi, entah, hatinya di mana. Dia pun tidak tahu.

Akhirnya dia tiba di penghujung jalan. Lalu dia membelok ke kanan dan kemudiannya memasuki pintu pertama yang dilihat. Satu ruangan yang biasa pada pandangannya, tempat dia bertalaqqi.

Sama sahaja pada dia.
Talaqqi mahupun tidak.
Yang penting, hati.

Sedaya upaya dia memegang rapi kasut yang dibawa. Sedikit dia segan, jika terlihat oleh rakan sepengajian. Kamar muslimah di masuki, memberi salam kemudiannya duduk bersama.
Muraja'ah, muzakarah ataupun zikir.

Tiada apa yang istimewa.
Hanya sekadar itu.
Yang penting, taqwa.

Usai pengajian, dia segera menghulur kepada seorang sahabat.

"Duit kitab," kata Ahlam.

Kata guru, dua perkara yang tidak boleh dikongsi; "Kitab dan isteri."

Itulah apa yang dihulur setiap awal bulan.

Pasti mengambil kalkulator, mengira.
Sudah berapa lama dia mahu membeli sepasang kasut yang baru.

Tak cantik pun tak apa.
Mungkin, yang tidak akan dimasuki air apabila melalui jalan yang basah.
Tak menawan pun tak apa.

Tapi ALLAH kata 'tidak'.
ALLAH kata, 'nanti ya'.

Sabar Ahlam. Sabar.

Mengaji dulu.

Tapi... dan dia tahu banyaknya "tapi".
Syeikh yang mengajar al-Quran di Darasah sudah bertanya.

"Aina Ahlam?" (Di mana Ahlam?)

Bagaimana mungkin dia memberitahu.
Sedangkan hendak ke sana pun dia perlu tangguhkan?

Tapi ALLAH kata 'sabar'.
Diganti waktu petang itu, ALLAH menggantikan dengan kelas yang lain.
Yang lebih mudah baginya.

Beberapa hari kemudian, Ahlam memberanikan diri.
Meminjam sepasang kasut dari rakan.
Kasut yang jarang dipakai.

Dia berjalan penuh yakin.
Tak akan tenggelam di dalam pasir.
Tak akan termasuk akan air.

Tapi...

Kini kakinya pula yang diuji.
Sakit sedikit. Mungkin kerana saiz yang sedikit sempit.

Senyap dia sendiri.

Sendiri lagi dia ke talaqqi.
Pagi dan petang setiap hari.

Dia bersama kasutnya kembali.
Sendiri bermimpi.

Bermimpi.

Mungkinkah satu hari nanti, ada yang akan menemani?
Mendengar bebelan tentang anatomy, akan talaqqi?
Setia muraja'ah physiology atau hadis nabawi?

Bermimpi.

Mungkinkah,

masih bersama sepasang kasut yang sama lagi?

*****


ALLAHua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.