Apa masalahmu?

BismiLLAHirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh.


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Pagi tadi, menerima panggilan dari sahabat, moga ALLAH meredhainya.
Ditanya kepada kami,

"Apa masalahmu?"

Kami diam.

Pernah dipesan salah seorang guru kami,
"Janganlah engkau menceritakan apa yang ALLAH lakukan untukmu. Itu tanda engkau tidak redha akan TUHANmu.

Akan tetapi,

janganlah pula engkau bersalah sangka bahawa sesungguhnya engkau tidak boleh bercerita apa pun dengan yang lain."

Fikir dan difikir.
Sesungguhnya semua bermula dengan niat.
Niat yang membezakan; adat dan ibadat.

Ada yang perlu kami cerita, ada yang tidak perlu.

Kami berkira-kira bertanya, "Salah ke hendak mengingati ALLAH?"

Ada yang membalas, jangan terlampau difikir. Tak mampu.
Kami mengingat kembali kata Syeikhuna.

"Love me, I will bring you to RasuluLLAH s.a.w.
Love RasuluLLAH s.a.w, then you will reach ALLAH s.w.t.
As I am the bridge to RasuluLLAH s.a.w, and he s.a.w is the bridge to ALLAH s.w.t."

Satu persatu langkah.

Sahabat yang tadi berbicara panjang. Kami hanya mendengar.
Tiba di satu cerita, kami berhasrat untuk menyampaikan.

Katanya;

RasuluLLAH s.a.w bertanya kepada Bilal r.a, "Apakah amalanmu?"
Tak mungkin RasuluLLAH s.a.w tidak mengetahui, baginda nabi.
Tapi, baginda s.a.w hendak mengajar umatnya.

Lalu Bilal r.a menjawab;

"Apabila aku berwudhu' dan kemudiannya terbatal, aku mengambil wudhu' semula."

Kata sahabat;

Wudhu' batal, ulang kembali. Ambil lagi. Wudhu' batal, ambil lagi.
Sentiasa dalam keadaan suci.

Itu zahir, apa yang tersirat?

Hakikatnya, apabila kita lupa ALLAH, ingatlah kembali.
Lupa ALLAH lagi, ingat lagi.

Ulang.


Kami diam.
Diam-diam, memikir ibrah.

Menjaga wudhu' bukan sesuatu yang mudah tanpa di-didik, tanpa kebiasaan.
Jika wudhu' terbatal, kebanyakannya bukan kerana mahunya kita.

Bukan kita yang hendak berhadas.

Kalau boleh, mahu suci sahaja, mudah segala.
Mudah untuk solat, membaca Quran.

Begitulah fikiran.

Bukan kita yang hendak lupa ALLAH.
Sudahlah baru mula mengenal.
Lupa pula.

Sikit-sikit, lupa.

Tapi, apa beza...
Apa beza mereka yang berdosa?
Taubat atau tidak. Itu beza.

Apa beza mereka yang ter-lalai? Ter...lalai.
Ingat kembali atau tidak.

Ada dua golongan mereka yang lupa dari sudut fiqh.
Mereka yang lupa dan ingat kembali apabila diberitahu.
Mereka yang lupa dan masih tidak ingat apabila diberitahu.

Ingatlah ALLAH, wahai Amirah.
Ingatlah ALLAH, wahai hamba.

Engkau itu tiada dalam adaNYA.

Pandang ke mana-mana. Di mana-mana. Apa?
Kullu ALLAH.

Kata sahabat, gunung itu tinggi.
Mampu ke nak naik?
Cubalah, katanya. Sikit-sikit.

Kita ini, satu langkah pun tak lepas lagi.


ALLAHua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.