Ilham II: Calitan di hati.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Satu kanvas putih.
Satu titik hitam.
Apa yang dilihat? Sah, titik hitam tersebut.
Masing-masing ada kesalahan. Masing-masing ada kebaikan.
Masing-masing... ada hati.
Dan pasti, kerana kita bukannya maksum (terpelihara dari dosa); pasti ada calitan di hati.
Hadis masyhur;
Maka apakah yang menyebabkan calitan?
Satu sahaja; melakukan maksiat.
Kami sering ditegur dengan Syeikhuna. Kami sering bertanya kembali kepada Syeikhuna.
"Apakah itu maksiat?"
Syeikhuna sering menegaskan: "Mengingati maksiat itu adalah maksiat."
Sekali lagi pertanyaan diajukan,
"Apakah itu maksiat?"
Apa-apa yang membuatkan kamu lupa kepada ALLAH.
Itulah maksiat.
Syeikh kami yang mendengar bacaan Quran kami pernah bercerita,
dahulunya jika beliau salah membaca al-Quran, maka Syeikhnya akan memukulnya.
Salah seorang sahabat bertanya:
"Mengapakah begitu syadid?"
Syeikh memandang lalu menjawab;
"Kenapa salah?"
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sometimes healing requires stepping away for a while.
-Yasmin Mohaged-
Satu kanvas putih.
Satu titik hitam.
Apa yang dilihat? Sah, titik hitam tersebut.
Masing-masing ada kesalahan. Masing-masing ada kebaikan.
Masing-masing... ada hati.
Dan pasti, kerana kita bukannya maksum (terpelihara dari dosa); pasti ada calitan di hati.
Hadis masyhur;
صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ ر
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ ن
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ د
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar RasuluLLAH S,A,W bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,
dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,
dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.
Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan ALLAH itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.
(Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)
Sumber: http://tintabidadarisyurga.blogspot.com/2011/07/bicara-tentang-hati.html
*****
Satu sahaja; melakukan maksiat.
Kami sering ditegur dengan Syeikhuna. Kami sering bertanya kembali kepada Syeikhuna.
"Apakah itu maksiat?"
Syeikhuna sering menegaskan: "Mengingati maksiat itu adalah maksiat."
Sekali lagi pertanyaan diajukan,
"Apakah itu maksiat?"
Apa-apa yang membuatkan kamu lupa kepada ALLAH.
Itulah maksiat.
Syeikh kami yang mendengar bacaan Quran kami pernah bercerita,
dahulunya jika beliau salah membaca al-Quran, maka Syeikhnya akan memukulnya.
Salah seorang sahabat bertanya:
"Mengapakah begitu syadid?"
Syeikh memandang lalu menjawab;
"Kenapa salah?"
*****
"Dari Abdullah bin Amir Ibn As r.a meriwayatkan bahawa RasuluLLAH SAW bersabda: Sesungguhnya iman akan menjadi lusuh dan buruk didalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada ALLAH untuk memperbaharui iman dalam hati-hati kamu. (HR Hakim)
Sumber: http://nurainiannisa1608.blogspot.com/2011/11/hadis-nabi-muhammad-saw-mengenai.html
Kami tahu, semua manusia melakukan dosa.
Dan kamu tahu, diri kamu sendiri sedar.
Calitan itu sama.
Tapi apa yang berbeza?
Bagaimana hendak berinteraksi dengannya.
Adakah yang hitam itu akan kekal hitam?
Apakah yang kotor itu akan tetap kotor?
Umum mengetahui, apa yang menyebabkan dosa.
Jadi kenapa perlu difikir-fikir. Cari solusi, maka bertaubatlah.
Umum mengetahui, setiap jiwa terkadang melakukan dosa.
Jadi kenapa perlu dibenci dan menjauhi. Biarkan dia mencari solusi, maka dia akan bertaubat insyaALLAH.
Jangan menyibukkan diri, dengan sesuatu yang tidak berkaitan denganmu.
Itu urusan TUHANku. Dan TUHAN kamu jua,
ALLAHua'lam.
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم