Ilham I : Terciptanya hatiku.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dari hamba kepada hamba.
Dari faqir kepada yang membaca.


*****

Soalan sering diajukan. Tapi siapa yang mampu menjawab?
Persoalan tentang hati itu sulit sekali. Di celahan dedaunan yang layu di bawah pohon, adanya sang semut yang sedang mencari jalan pulang.
Hilang cahaya matahari dari penglihatannya.

Adakah ia keluar dari tempat kebiasannya? Tidak.
Hanya saja, penglihatannya terbatas. Kegelapan menyelubung.

Manusia itu diciptakan bersifat tergesa.
Satu demi satu, segala-galanya bersegera. Secepat mungkin. Bisur'ah awi. Awi.

Hinggakan pada permasalahan hati, apabila bertanya, terus hendak melompat;
Siapakah yang memiliki hatimu?
Hinggakan jawapan yang diberikan, walaupun cliché ataupun skema, terus hendak menjunam;
ALLAH yang memiliki hatiku.

Dari segi bahasa; sah. Benar.
Dari segi istilah? Dari segi ikhlas? Bahkan keikhlasan itu rahsia TUHANku.

Dikatakan kepada kami; “ALLAH itu jauh lagi bagi kamu.”

Cinta kepada ALLAH sebenar-benarnya,
bukan sekadar bait syair yang indah.
Cinta kepada ALLAH sebenar-benarnya,
bukan sekadar kata-kata yang pasrah.

Sebelum usaha dimulakan, kesedaran perlu ditanamkan.
Hatimu itu, diciptakan untuk siapa?

Apa yang membuatkan hadiah itu sesuatu yang menggembitakan?
Apabila hadiah itu diberikan kepada kita.

Maka sedarlah, hati itu, hadiah dari ALLAH untukmu.
Apa yang membuatkan permata itu mahal?
Kerana permata itu sukar didapati.
Tujuh lautan sanggup ku redah. Untuk mendapatkan sekecil-kecilnya batu.

Maka ketahuilah, hatimu itu, hanya satu di dunia.
Diciptakan khas untuk dirimu.

Apa yang membuatkan barang yang mahal itu disukai?
Apabila ia diberikan secara percuma.

Maka ingatlah, kamu tidak perlu membayar pun untuk hatimu.

Sedangkan untuk utusan dunia, kita perlu membayar setiap satunya.
Tapi untuk urusan akhirat, yang lebih kekal dan lebih baik, tiada satu pun yang di caj.

Kenapa sang semut di bawah dedaunan layu tidak mampu mencari jalan pulang?
Kerana sangkanya, hari malam.
Sedangkan ia sahaja yang tidak terlihat matahari.

Kenapa seorang yang mencari hati tidak menemukannya?
Kerana sangkanya, hati itu hanya perlu dicuci dari kotoran hitam.
Kerana sangkanya, kesalahan dia yang lampau itu perlu dicuci.
Secepat-cepatnya. Dia mahu sembuh.
Sedangkan, adakah dia sedar, bahawa sesungguhnya dia itu satu sahaja di dunia?
Betapa istimewanya dia di mata Pencipta?

من لم يشكر الناس لم يشكر الله

"Sesiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, tidak bersyukur kepada ALLAH.”


Sibuk memikirkan orang, kasihanilah hatimu sendiri.
Kasihanilah dirimu sendiri.

Hati itu perlu tahu kamu sedar akan kehadirannya.

Sang semut itu perlu tahu, matahari itu ada.
Keluarganya di busut itu menanti.
Cuma sahaja, dedaunan yang layu itu menutupi.


ALLAHua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.