Travel list; el-tremco.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salah satu kemudahan baru di Mesir tiada di Malaysia – el tremco :D (Kekoknya hendak menaip bahasa Melayu, aduhai.) Seperti kebiasaanya, dengan kekuatan yang ALLAH berikan, kami melangkah dari Baiti Jannati di Hayyu Safarat setelah Maghrib untuk ke pengajian. 10 minit jarak berjalan kaki ke bulatan berdekatan Inbi, menanti – tremco :D Sumber: dutasurga.blogspot.com Pada waktu malam; tremco dipenuhi ikhwah Arab >< AlhamduLILLAH sudah terbiasakan diri bersama ikhwah Arab yang setakat ini dan alhamduLILLAH khair sahaja. Bersangka baiklah dengan mereka, bersangka baiklah dengan sesiapa, insyaALLAH, yang baik juga akan diterima. Kenapa dengan tremco? :D Dan kenapa bila kami sebut tremco, ada “:D” ? Sebab tremco sangat – awesome :D Sepanjang perjalanan 24hb Januari yang lepas, kami terfikir. Kadang-kadang, hati akan terasa dengan pak cik tremco. Kadang-kadang, akan...