Mungkinkah diri bergelar Azhari?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh.

Mereka mengingatkan; ingatlah ALLAH.

*****

Dahulu, pernah sekali ana membaca.
Artikel bertajuk: Selayaknya Engkau Bergelar Azhari.
Pada saat itu hanya membayangkan teman di Azhar.
Tak terlintas, akan jatuh tanggungjawab itu pada hamba yang faqir.

Ketahuilah sahabat, atau sesiapa yang membaca.

Apa sahaja yang dinukilkan, apa saja yang diluahkan.
Diri ini sedang di kejauhan.
Kemungkinan emosi tidak tenteram, mungkin hati dibolak-balikkan.

Dan ingatlah ALLAH.

*****

Siapa kata di sini bahagia?
Berteman padang pasir gersang semata.

Siapa kata di sini sengsara?
Menuntut ilmu tanpa sempadannya.

Di sini, aku Umayr.

Bercita memegang panji Saidina Umar.
Mengikut langkah perwira Saidina Abu Bakar.

Mencari ilmu seperti Saidina Ali.
Bak Saidina Uthman, akhlak yang dimimpi.

Diharap semua bukan setakat angan.
Bertalaqqi itu bukan permainan.

Ilmu dikejar, guru dihormati.
InsyaAllah seperti itu, sehingga mati.

*****

Setiap apa yang ana tulis selepas ini, ketahuilah itu sekadar pemberi semangat.
Tipulah kalau ana tak takut akan jatuh.
Memendamkan diri di padang pasir.
Menjadi sekadar seperti biasa.

Sesungguhnya, ana datang ke Mesir dengan niat.

Mohon doakan,
dapat sujud di Masjid al-Azhar setiap hari.
Mohon doakan,
mampu berkejar ke talaqqi sekuat hati.
Mohon doakan,
dapat membentengkan hati seteguh besi.

Kerana di sini ada harapan, di sini ada dugaan.

Catatan hari ke-15 setelah bertapak di bumi Anbiya'.
Moga Allah redha.
Allahua'lam.


Comments

  1. Asalamu alaikum,

    Thx for sharing.

    Look out for my "After Hajj" post coming soon! Your wise words welcomed..

    Take Care

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    Amirah!!! Lama tak dengar khabar. Semoga kuat di sana. Kutiplah pengalaman yang baru di bumi anbiya'. Kenang kami di sini selalu... =)

    ReplyDelete

Post a Comment

بسم الله الرحمن الرحيم

Popular posts from this blog

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.