Peringatan.
Assalamualaikum w.b.t.
Kebelakangan ini, ada beberapa perkara, yang merentap jiwa, meruntun segala.
Kebelakangan ini, ada beberapa perkara, yang merentap jiwa, meruntun segala.
Hak Muslim terhadap Muslim yang lain ada enam iaitu:
(1) Apabila engkau bertemu, berilah salam padanya
(2) Apabila engkau diundang, penuhilah undangannya
(3) Apabila engkau dimintai nasihat, berilah nasihat padanya
(4) Apabila dia bersin lalu mengucapkan ’alhamdulillah’, doakanlah dia (dengan mengucapkan ’yarhamukallah’)
(5) Apabila dia sakit, ziarahilah dia
dan
(6) Apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim).
Kebelakangan ini, terlampau sibuk dengan dunia.
"Sebaik-baiknya teman adalah Al-Qur'an! dan seburuk-buruknya teman adalah syaitan!"
(Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Atthos)
Di awal perjalanan sudah diingatkan;
Allah nak bersihkan hati, Allah akan uji dengan ujian yang kita tak sangka.
Sampai kita akan kata, 'Kenapa ini berlaku?'
Bukan senang, nak cuci hati. Perluka 'pencuci' yang kuat, 'berus' yang tajam.
Tapi... ana lupa.
Lupa apa yang berlaku dulu, lupa apa nasihat yang sahabat bagi, guru bagi.
Hinggakan... rasa nak berhenti. Tapi ana tetap sambung perjalanan.
Walaupun dah tak nampak jalan, ana teruskan, mencari cahaya. Dalam fikiran ana, mungkin...
Mungkin bila ana sambung perjalanan, Allah akan bagi kembali.
Apa yang ana rasa dulu, apa yang ana cita-citakan dulu. Mungkin.
Dan akhirnya,
ia kembali.
Pahit tapi manis. Perit tapi mudah.
InsyaAllah, setelah lama menyepi, sepi akan berlalu pergi.
Namun, jika dalam sepi itu ana terlakukan sesuatu yang terasa di hati, maafkan ana.
Maafkan ana.
Wallahua'lam.
salam saudari. teruskan bersemangat..
ReplyDelete