Umairah, Sohibatul Qamus.
Assalamualaikum w.b.t.
Subhanallah, sudah lama saya tidak mencatat di sini.
Beberapa info untuk teman sekalian:
- Alhamdulillah, saya sudah sebulan lebih di CFS IIUM.
- Ditawarkan program asasi setahun dan melanjutkan kepada satu setengah tahun.
- Dilantik menjadi naib setiausaha ENGENIUS selepas membentangkan manifesto.
- Mengikuti kelas talaqqi dan mendoakan untuk kelas tasmi', InsyaAllah.
- Menjadi sangat pendiam.
Subhanallah, saya sudah menjadi sangat pendiam sekarang ini jika dibandingkan dulu. Namun, apabila saya mula berkata-kata, sifatku yang dulu masih jelas kelihatan. Dulu, diriku yang suka berkata-kata akan setiap perkara.
Apakah sebabnya saya berubah?
Kebanyakannya dipengaruhi persekitaran di sini. Walaupun tidak setenang DQ, tapi persekitaran di sini berbeza dengan apa yang saya lalui dahulu.
Di sini, saya kembali merasa takut akan muslimin. Kehadiran mereka menyakitkan hati saya. Dahulu, saya sangat rapat dengan beberapa anak Adam. Saya menyayangi mereka seperti saya menyayangi kaum Hawa. Kini, saya menjarakkan diri daripada anak Adam. Saya tidak mahu bercakap sepatah pun, melainkan kepada mereka yang saya kenali terlebih dahulu.
Di sini, saya merasakan bukan takdirnya untuk saya membina ukhwah. Saya sudah membina ukhwah dengan ramai manusia, menurut pandangan saya, sebelum ini. Jadi saya menghentikan pencarian saya untuk berkawan. Hanya rakan sebilik, jiran dan rakan sekelas saja yang saya mampu berkenalan. Masa saya di sini, hanya untuk menuntut ilmu.
Sudah beberapa kali saya bersedih di sini. Ada yang terasa dengan sikap saya. Sikap saya yang menulis di atas kertas jika hendak berbicara. Apakah salah?
Bukan saya tidak mahu bercakap, saya takut untuk bercakap.
Ada yang memandang pelik kepada saya.
Saya biarkan.
Sedikit sebanyak tentang kehidupan, sedikit sebanyak tentang pembelajaran.
Saya mendaftar untuk 4 matapelajaran semester ini.
- ISM2112 - Computer 1 - Madam Nurul Hafidzah
- SHE1215 - Physics 1 - Sir Ashraf Fauzi
- SHE1114 - Maths 1 - Sir Izzudin
- LQM1062 - Arab 2. - Ustaz Ahmad Asyraf
Saya sangat menyayangi keempat-empat pensyarah saya. Saya juga mendapat didikan Ustazah Salmiah untuk Study Circle dan AlFadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll untuk talaqqi.
Selalunya saya dipanggil Hazwani dan kadang-kadang Amirah. Ada yang menggelarkan saya Sohibatul Qamus (Sahabat Kamus) dan juga Umairah (nama wanita dahulu).
Malam sebelum kuiz Fizik, saya tidur awal dan Alhamdulillah mendapat markah yang baik.
Berbeza pula dengan malam sebelum kuiz Math. Saya tidak tidur dan mendapat markah kurang sedikit dari kuiz Fizik. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan markah itu.
Saya sering kali mengingatkan diri untuk belajar Matematik. Namun diri masih tidak berdaya. Bilakah agaknya saya akan menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk subjek itu?
Wallahua'lam.
InsyaAllah, saya masih memperbaiki diri dan akan dapat menjadi lebih baik.
Akhirulkalam, barakallah a'laikum. Assalamualaikum w.b.t.
amirah ! I miss the old you tapi Alhamdulillah and scha bangga dengan amirah sekarang :DD
ReplyDelete