6th Year At Al Azhar
Assalamualaikum w.b.t. #ThrowbackTime 2 Oktober 2012: Setelah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. 2 Oktober 2018: Peperiksaan akhir pusingan Pembedahan (End-Round Surgery). Malangnya tiada gambar kerana penat XD How time flies~ Pertama sekali saya bersyukur kerana sudah menamatkan dua pusingan yang panjang dan kritikal: Obstretrik dan Ginekologi (OnG) dan Pembedahan (Surgery). Untuk adik-adik tahun 5 yang bakal naik ke tahun 6 selepas ujian, mungkin nak jadikan jadual senior (hihi) sebagai rujukan; Jadual round. Jadual kelas. Berbeza dengan tahun 5 ( round pagi kemudian diikuti dengan kelas petang), tahun 6, personally , lebih fleksibel kerana kelas pagi dan round petang ~ Jika round habis awal -- heaveeeen. Ada beberapa perubahan dalam jadual kelas yang diatur oleh ketua kelas dan ketua akademik. Sebagai contoh kelas agama, pensyarah datang ke hospital dan kami tidak perlu ke kuliah lagi ^^ I can't remember the last time I went ...