Solat Sunat Rawatib.
Assalamualaikum w.b.t.
عن
عبد الله بن عمر قال حفظت عن رسول الله
صلى الله عليه وسلم ركعتين قبل الظهر
وركعتين بعد المغرب وركعتين بعد العشاء
وركعتين قبل الغداة
(متفق
عليه)
Maksudnya : Dari Abdullah bin
Umar, katanya, "Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah s.a.w
dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat
sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh."
(Muttafaq 'alaih)
Pernah sekali saya mendengar ceramah,
"Solat sunt rawatib adalah solat sunat yang paling dekat dengan kita."
"Tidak digalakkan solat tahajud jika tidak melakukan solat sunat ketika Isya' "
Wallahua'lam.
InsyaAllah, hari ini saya berkongsi sedikit maklumat tentang solat sunat Rawatib bersama rakan yang saya kasihi kerana Allah. InsyaAllah, kita sama-sama amalkan.
Solat Rawatib
ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum atau
selepas solat fardhu.
Solat sunat
Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian :
- Sunat Rawatib yang "Muakkad"
- Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad".
Disamping itu
Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori :
- Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
- Ba'diah (selepas Solat Fardhu)
Sunat Rawatib yang
"Muakkad" adalah 10 rakaat seperti berikut :
- 2 Rakaat sebelum Solat Subuh
- 2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
- 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
- 2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
- 2 Rakaat selepas Isyak.
Sunat Rawatib yang
"Ghaira Muakkad" pula adalah 12 rakaat seperti berikut :
- 2 Rakaat sebelum Solat Zohor
- 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
- 4 Rakaat sebelum Solat Asar.
- 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
- 2 Rakaat sebelum Isyak.
NIAT SOLAT RAWATIB
- Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut : قَبْلِيَّةً
- Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut : بَعْدِيَّةً
Oleh yang demikian niatnya adalah seperti
berikut :
أُصَلِّي
سُنَّةَ (
الظُّهْرِ
/
العَصْرِ
/
المَغْرِبِ
/
العِشَاءِ
/
الصبح
)
رَكْعَتَيْنِ
(قَبْلِيَّةً
/
بَعْدِيَّةً
)
لِلَّهِ
تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku
menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat
(Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala.
Saidatina 'Aisyah dalam hadis muttafaq 'alaih menyatakan: "Tidak ada nafilah, solat sunnah, yang sangat dijaga pelaksanaannya oleh Nabi Saw. melebihi dua rakaat fajar." (HR. Bukhari dan Muslim)
Wallahua'lam.
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم