Travel log 15: Apa perasaan seorang musyrif...ah? :D
Last travel log posted: 9th September 2012. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ditakdirkan ALLAH, 'dilantik' menjadi seorang musyrifah pada 2hb Februari lepas. :) Profil Musyrifah. Nama: Amirah Hazwani binti Muhammad Azlan Nama panggilan Mesir sahaja: Umayr Nombor telefon: +20122 7899 554 Kawasan: Hayyu Safarat, Kaherah Masa bertugas: On-call Sedia menerima tugasan ^^ Pada mulanya, hasrat diluahkan oleh adik satu batch , Asmaa' sebelum winter break bermula. Katanya, hendak 'menempah' kak Umayr sehari membawanya melawat maqam sekitar Kaherah. Tapi tidak pula mendapat sebarang tempahan setakat ini. 'Ala kulli hal, ALLAH menggerakkan hati sahabat dari Indonesia, Mardhiah, untuk meminta kami menjadi musyrifah. Ternyata, apabila berita disampaikan, 3 daripada ahli bayt turut mahu ikut serta. (EH? Macam dah termasuk Bahasa Indonesia O.O) Kami berjanji akan bertemu sea...