Posts

Showing posts with the label Talaqqi

He gave me a coin.

Image
BismiLLAHirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Mubasyaratan ba'da Maghrib , I made my journey towards Bawabah Thani . Class with Syeikhuna. I had forgotten for how many times, I wish I will be caught by a musyrif. I don't have a phone, and even I do have, I still did not own any number to call. So I walked alone... again. I was wondering whether the class will be at IMAM or bayt of Syeikh Rohim. I decided to just continue my destination to IMAM and if any changes occur, I'll make my way towards Musallas later on. The tremco as usual full of Arabs. AlhamduLILLAH it was not all men. Or else, I will fell more isolated. I sat alone... again. Playing with my thoughts. As I arrived and walked towards the end of the road, I was preparing myself coins (LE / genih) to give to the unfortunates. Usually, there will be two. But there was none. So I went through the heavy wind and watched tho...

The ultimate question.

Image
BismiLLAHirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم I found myself to skip those very-long-paragraphs that are written even by my friend! I know for a fact that the contents are good insyaALLAH. But how I wish it could be much more simpler. Ya Salaam. So I just want to make a short question and answers here. Regarding my ultimate (for me) question to Syeikh. May ALLAH ease. Ameen. p.s: the small writings are my comments in heart and reaction. I'm a kid, obviously ==" Question: How do we know that our taubah has been accepted by ALLAH? Answer: Why do you want to know? It is none of your business. Oh my~ Your duty is to repent, not to know whether it is accepted or not. True. What is taubah? *drumrolls* Taubah is to be honest with ALLAH. Correct your relation with ALLAH. Taubah is not applying make up on your face. *huge slap on my face by... me.* We-don...

Bicara rindu dari cinta.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bagaimana harus ku meluahkan rasa rindu? Benar hati rindu. Sungguh diri merindu. Tak mungkin menipu, pilu menahan rindu. Habibuna, wa syeikhuna, wa ustazuna. ALLAH. Bagaimanakah keadaan guru-guruku ya ALLAH? Hanya kepadaMU takdir ku serah. Apa saja berlaku, akan ku pasrah. Tidak akan sekali ku pernah, ya RABB tidak akan diri ini pernah. Dengan izinMU tidak akan berasa marah. Tambahkan ilmu mereka ya 'ALIMul HAKIM. Sinarkan ibadah mereka ya 'AZIZ. ALLAHumma amin. Rindu, menatap wajah guru. Rindu, mendengar bicara hikmah. Rindu, segalanya. "Apa gunanya berlari ke sana ke mari mencari ilmu, jika kamu tidak dapat mendirikan solat sunat dua rakaat sebelum Subuh.” Di Ardul Kinanah, ditarbiyah lagi. Ditarbiyah lagi, ditarbiyah lagi. "Jika ALLAH tidak bagi kamu cinta, bagaimana kamu mencintai?” p.s: Its been a while. Since my las...

Talaqqi wat Tibb 1: Al-Hubb-Biochemistry.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Baru kembali dari Suq Tsamin, selepas tamat kelas satu-satunya hari yang tamat 12 tengahari tadi. Selepas solat di masjid Fatimah az-Zahra', maka diizinkan ALLAH selamat tiba dan selamat kembali ke Baiti Jannati di Hayyu Safarad. Dan tatkala hati riang gembira melihat masa yang memungkinkan untuk kami menulis, segala puji bagi ALLAH. Al-Fatihah. Kitab talaqqi: Al-Hubb wal Mahabbah Ilahiyyah, 'Ibn 'Arabi. Kitab tibb: Biochemistry for Medical and Postgraduates Part 1, Said Oraby. Perumpamaan cinta wanita kepada lelaki itu adalah dari juz kepada qul . Perumpamaan cinta lelaki kepada wanita itu adalah dari qul kepada juz . Cinta qul kepada juz adalah lebih kuat. Kerana, satu qul mungkin boleh ada banyak juz . Tetapi, t idak mungkin satu juz itu mempunyai lebih dari satu qul. Makanya, dibolehkan ta'addud . Di satu sudut yang lain, boleh diumpakan ...

Sudah terang lagi bersuluh,

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tipu, kalau tidak terfikir: “Nak talaqqi 24 jam, tak nak ambil perubatan.” Tapi, tiada kekuatan melainkan ALLAH. Dan sesungguhnya pekerjaan separuh jalan itu menyeksakan dan membuang masa. Jadi, 'ala kulli hal, dua-dua. Talaqqi wa Tibb. Buat tolabul 'ilm, khususnya pelajar medik, amnya kepada semua. Mungkin, terdetik di hatimu: "Banyaknya perlu dihafal, perlu diketahui. Semua kena baca dan faham.” Lebih ekstrem: "Nak 'gila'.” Lebih, terlampau ekstrem: "Putus asa, tak nak belajar. Kalau Allah dah takdirkan lulus, lulus juga. Kalau takdir gagal, gagal juga.” Berhentilah wahai sahabat yang dikasihi. Pernahkah dikau tahu akan satu kisah? Ketika di Medan Muktah, tentera Islam seramai 3000 orang yang dipimpin Zaid bin Harisah r.a. dihantar Rasulullah s.a.w berhadapan tentera Rom yang berjumlah 200 000 orang. Abdullah bin Rawahah r.a bersenandung dal...

Raudhah Ilmu.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Memori di malam 1 Zulhijjah; Apabila Raudhah bersandar padaku, rasa bahagia namun tubuh menjadi kaku. Risau pergerakan mengganggu anak guru, tidak ku beralih hingga Raudhah berlalu. Pesan diri kepada diri; Jagalah adab, jangan pernah biadap. Dengan guru dan juga kitab, demi barakah kita mengharap. Kepada mereka yang menegur; Bukan diri seorang, mencari jalan yang terang. Harus sedar tidak akan senang, mungkin tiada masamu yang senggang. Akhir kalam; Denyut kasih medik, bisikan cinta talaqqi. Di saat hati berdetik, merungkai cinta hakiki. اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فأعفو عنا Fatahallua'alaik. Allahua'lam.

Mungkinkah diri bergelar Azhari?

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh. Mereka mengingatkan; ingatlah ALLAH. ***** Dahulu, pernah sekali ana membaca. Artikel bertajuk: Selayaknya Engkau Bergelar Azhari. Pada saat itu hanya membayangkan teman di Azhar. Tak terlintas, akan jatuh tanggungjawab itu pada hamba yang faqir. Ketahuilah sahabat, atau sesiapa yang membaca. Apa sahaja yang dinukilkan, apa saja yang diluahkan. Diri ini sedang di kejauhan. Kemungkinan emosi tidak tenteram, mungkin hati dibolak-balikkan. Dan ingatlah ALLAH. ***** Siapa kata di sini bahagia? Berteman padang pasir gersang semata. Siapa kata di sini sengsara? Menuntut ilmu tanpa sempadannya. Di sini, aku Umayr. Bercita memegang panji Saidina Umar. Mengikut langkah perwira Saidina Abu Bakar. Mencari ilmu seperti Saidina Ali. Bak Saidina Uthman, akhlak yang dimimpi. Diharap semua bukan setakat angan. Bertalaqqi itu bukan permainan. Ilmu dikejar, guru dihormati. InsyaAllah seperti itu, ...

Selaras dengan pilihan.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Teringat, kali pertama mendengar namanya. Teringat, apa yang terlintas di fikiran. Lalu diizinkan Allah. Perjalanan ke Masjid Ar-Rahman, pertama kalinya menjejak kaki ke majlis selawat, mendengar tausiyah dari Habib yang mulia. Dan selang beberapa hari, mendapat pesanan ringkas. Talaqqi bersama Habib. Berkumpul di hadapan Taman Ilmu dan Budi. Tiada yang lain dalam fikiran, tiada kemahuan selain ke sana. Langkah di atur, kaki melangkah. Walau sendiri, tetap cuba menjadi gagah. Ditakdirkan, istiqamah ketika itu. Allah memberi peluang. Namun wajah Habib tetap Allah selindung. Dari pandangan mata yang penuh dosa, masih tidak dapat melihat Habib tercinta. "Hijab baina muslimin wa muslimat." Akhirnya apabila mendapat izinNya, menatap wajah yang dinanti sekian lama. Hati tenang diulit bahagia, azam teguh ilmu ditimba. Namun kini semua berbeza. Dunia mengalahkanku, ...

Talaqqi I.

Assalamualaikum w.b.t Di-didiknya kami, memulakan sesuatu dengan niat. Maka niat yang diperdengarkan kepada kami oleh guru-guru kami adalah niat belajar al-Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad, mafhumnya: “Aku berniat belajar dan mengajar, mengingat dan memberi ingatan, memberi manfaat dan mendapat manfaat, memberi faedah dan mendapat faedah, menggalakkan berpegang dengan kitab Allah dan Sunnah RasulNya, mengajak kepada hidayah dan menunjuki kepada kebaikan. Semuanya ini adalah semata-mata mencari rahmat, keredhaan, qurbah dan ganjaran Allah s.w.t.” Di-didiknya kami, duduknya dihadapan guru itu dengan adab. Dan membaca al-Quran juga ada adabnya. Maka kami memilih untuk menggunakan kata ganti nama “kami”, yang sering digunakan guru-guru kami dengan niat mencontohi orang-orang soleh, insyaAllah. Dan juga “kita” dalam beberapa situasi yang membenarkan dan sesuai dengan penggunaannya, insyaAllah. Dengan iradah Allah yang Maha Mengetahui, mengizinkan kami menghad...