at-Tanbih.
Assalamualaikum w.b.t. [Bertarikh 19 September-Rabu] Syarah Kitab at-Tanbih. Perkara yang tidak dibuat Nabi Muhammad s.a.w. Ada dua makna: Pertama, mubah. Kedua, peluang untuk orang yang mampu. ***** Ditakdirkan, hari ini bermula dengan... sangat cepat. Seawal 7 pagi sudah tiada di bilik, sedangkan kelas terakhir bermula pukul 2 petang selepas Zohor. Rabu, menandakan hari pemakaian hijab putih. Cepat sahaja tangan menyarungkan hijab hitam. Bukan melanggar peraturan, tapi memang tiada hijab berwarna lain. Melangkah seorang diri. 3600 saat kemudian, melihat telefon, menelefon Fatin Husna. "Jom, sarapan.” Mendapat persetujuan, menelefon Nur Aini. "Jom, sarapan.” Keduanya minta ditungggu. Khair sahaja. Melangkah seorang diri. Ke Mahallah Zainab al-Jahsy. Pertama kalinya menjejakkan kaki ke dalam common room. Ada pepatah yang ditulis di dinding. Penting, tapi ana lupa. Allah, pelupanya insan ini. Adakah di anta...