"Ana tak suka jemaah."
Assalamualaikum w.b.t. Pada mulanya ana mendapat ilham mahu meletakkan tajuk seperti di atas, ana merasakan tiada apa yang salah. Tiada kontroversi. Hinggalah saat ana menaipnya, ana merasakan, mungkinkah... ada yang akan salah faham? Khair, sedikit penerangan insyaALLAH. Jemaah yang ana maksudkan adalah solat secara berjemaah dan bukanlah... perkara lain. Bagi yang faham maksud ana, insyaALLAH faham. Bagi yang kurang memahami, kekalkan begitu hingga tiba masanya. Kenapa “Ana tak suka jemaah?” Atau lebih spesifik lagi ana tak suka solat jemaah. Permasalahan ini bukan apa yang dialami ana sekarang. Setelah jalan tarbiyah ana lalui di UIAM, pastilah solat jemaah yang paling ana nantikan. Namun, secara jujur, permasalahan bermula seawalnya ana melangkah ke UIAM. Hakikatnya, bila ana fikir kembali, hanya satu sebab sahaja mengapa ana tidak suka solat jemaah – saf tidak rapat . Semasa ana di SAM[T]TAR, tarbiyah ana bermula dari kosong sehingga pengetah...