Suhbah,
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dari Syeikh Rohimuddin, moga ALLAH memberkatinya. Kata-kata mutiara yang kami berniat untuk berkongsi. Pada malam 31 Oktober 2012. Dikatakan kepadaku; Ilmu seperti air, hati seperti tanah. Hijab terbahagi tiga; syaitan, nafsu dan wujudnya diri. Zikir untuk menjauhkan syaitan. Mujahadah nafs untuk mengawal nafsu. Wujudnya diri, cara utama adalah dengan suhbah. Zikir itu adalah keterpautan hati kepada ALLAH. Zikir adalah cahaya yang memenuhi ruang hatimu mengingati ALLAH. Tidak akan dapat melakukannya melainkan sentiasa dengan orang yang zikir kepada ALLAH. Antum jika bersahabat dengan penyabar, mudah untuk antum menjadi sabar. Kerana, seseorang itu akan mengikut akhlak saudaranya. Suhbah adalah untuk seseorang membuang 'uyub. Hujjatul Islam Imam al-Ghazali r.a. Menyatakan 4 cara untuk membuang 'aib: Pertama, bergaul dengan ramai orang. Denga...