Posts

Showing posts with the label Ahlam

Bermimpilah bersamanya.

Image
BismiLLAHirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Kisah Ahlam. Ehlam Ma'aya. Bermimpilah bersamaku. "BismiLLAH." Ahlam melompat keluar dari tremco. Van yang sentiasa bersedia membawa penduduk Kaherah ke destinasi masing-masing dengan bayaran serendah LE0.50 hinggalah setinggi LE2. "AlhamduLILLAH." Dia selamat tiba di Bawabah Thani. Pandangannya kini terhala ke arah kasutnya. "BismiLLAHi masyaALLAH." Kasut yang tersedia koyak di bahagian depan, kini sudah semakin rabak. 'Dah macam mulut buaya,' bisik hatinya sendiri. Dia membiarkan keadaan kasutnya yang begitu. Bagaimana mahu menukar? Dia sudah serik untuk memikirkan tentang itu. ALLAH masih kata 'tidak'. Manakan dia mahu mengatakan 'ya'. Tidak, dia tidak akan katakan ya. Suasana petang di Kaherah, masih tidak berubah walaupun suhu semakin meningkat. Jika membasahk...

Dan menyucikan.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kisah Ahlam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Selawat dan salam ke atas junjunganku, Rasulku, Nabi Muhammad s.a.w Hasil karya Umairah Hawani, SUCI. "Kenapa saya melakukan dosa lagi?” Ahlam memandang si dia yang berbicara. Di hadapannya tersimpuh seorang rakan yang dikasihi, mengalir air matanya membasahi telekung berwar na putih bersulam hijau. Dia membiarkan Hawa menangis. 'Biarlah dia melepaskan siksanya,' bisik hatinya. "Kenapa saya berbuat maksiat lagi?" rintih Hawa. Kedua tangannya memegang tangan Ahlam. Mengharap bantuan dan memohon simpati. Di fikirannya, adakah mungkin Ahlam mampu merasakan perit? Di hatinya, adakah mungkin Ahlam mampu memahami? 'Tidak! Dia tak mungkin faham!' bisik hati kecil Hawa. Baginya, sengsara itu milik dia. Dosa itu dia yang melakukan, bukan Ahlam, bukan sesiapa. "Ketahuilah, jika ALLAH tidak me...

Ahlam yang menyepi,

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kisah Ahlam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Selawat dan salam ke atas junjunganku, Rasulku, Nabi Muhammad s.a.w Hasil karya Umairah Hawani, JANJI. Tangan dihulur keluar apabila diminta. Terasa sesuatu yang diletakkan dari atas angin, namun sangat ringan. Ahlam terus mengenggam, menanti kata-kata. Tiada. Dia berpaling, kerana dipanggil. Langkah menuju ke arah kereta, mengambil posisi dan terus dibawa pergi. Hinggalah tiba di kediamannya. Pintu dibuka, Ahlam memanggil teman-temannya. Genggamannya dilepaskan. Kini dihadapannya, sebentuk cincin emas. Tangannya, bibirnya... menggeletar. Dia bingung. Apa harus dia lakukan? ***** "Kamu dah beritahu dia ke kamu nak ke Mesir?” Ahlam menggeleng walaupun dia tahu tiada yang melihat. “Belum,” balasnya kembali kepada ibunya. “Oh, begitu,” balas ibunya kembali beberapa saat kemudian. Talian komunikasi antarabangsa itu sed...

ayat-ayat DIA.

Assalamualaikum w.b.t. Kisah Ahlam, Detik dan Nafas. Menyintai Yang Dicintai. Pabila Iman Diuji. Hijab. Pilihan. Mereka. Jatuh. Niat di hati, memberi peringatan bagi yang lupa. Antum tidak akan pernah sama, dengan kami yang biasa. ***** Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Selawat dan salam ke atas junjunganku, Rasulku, Nabi Muhammad s.a.w Hasil karya Umairah Hawani, Ayat-Ayat Dia. “Jangan lupa al-Quran.” Ahlam menganggukkan kepala. Tafsir al-Quran bertukar tangan. Langkahnya kembali menuju ke kerusi asal. Dia melabuhkan punggung dan mengulang kembali ayat-ayat kekasihnya. Ayat-ayat Dia, Allah Yang Maha Kuasa. ***** “Jangan bezakan kami dengan orang lain,” tegas suara muslimin tidak jauh daripadanya itu. Rakan-rakan Ahlam memandangnya, sedikit risau. Ahlam menghela nafas panjang. “Ana bukan sengaja bezakan, tapi ana tidak mampu untuk melihat antum seperti orang lain,” balasnya. “Tengok, persepsi orang. Kami manusia biasa juga,” suara y...

Jatuh.

Assalamualaikum w.b.t. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Selawat dan salam ke atas junjunganku, Rasulku, Nabi Muhammad s.a.w Hasil karya Umairah Hawani, JATUH. Ahlam mengesat bibirnya. Tangannya bergetar. Dia tidak sanggup melihat, pandangannya berpinar. Sekali lagi petang itu dia sendiri di bilik. Satu-satunya rakan sebilik sudah ke kelas. Ahlam merebahkan badan di atas katil. Dia membiarkan tangannya yang sebentar tadi bersih tanpa kotoran, kini berbekas merah. Ahlam memejamkan mata. Tidak dihiraukan kesakitan. Dia berniat untuk berehat seketika. Ahlam terjaga dari lelapnya. Kedengaran samar-samar suara membaca ayat-ayat suci al-Quran. Ahlam duduk di penjuru katil sambil menyandarkan badan. Suara itu dari bilik sebelah. Dia memerhati tangannya lalu mengambil kain dan membersihkan bekas darah. Ahlam memejamkan mata. Dia mendengar dengan penuh tekun. Hatinya senang mendengar bacaan itu. ***** “Nak tasmi' ke nak ingat?” Ahlam mengangkat...

Mereka.

Assalamualaikum w.b.t. Kisah Ahlam. ***** Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Selawat dan salam ke atas junjunganku, Rasulku, Nabi Muhammad s.a.w Hasil karya Umairah Hawani, MEREKA. Ahlam melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Dia membuka pintu lalu dilepaskan. Seorang kerani di sebalik meja memerhati. Ahlam berhenti seketika lalu memegang pintu dan menutup secara perlahan. Dia teringat bahawa pintu itu akan berbunyi kuat jika dilepaskan begitu sahaja. Hasrat di hati tidak mahu menganggu konsentrasi sesiapa. Kerani yang memerhati tersenyum sambil memberi isyarat mengunakan ibu jarinya. Ahlam membalas senyuman. Langkah di halakan ke arah anak tangga. Dia berfikir seketika untuk memilih tempat di mana dia perlu bersendiri dan membaca. Suasana perpustakaan yang sedikit lengang memberikan dia tiga pilihan di ketiga-tiga tingkat perpustakaan itu. Sememangnya dia tidak kisah duduk di mana namun yang paling sunyi pasti menjadi pilihan utama. Ahlam me...

Berlegar dalam sepi.

Assalamualaikum w.b.t. Kisah Ahlam. ***** Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Selawat dan salam ke atas junjunganku, Rasulku, Nabi Muhammad s.a.w Hasil karya Umairah Hawani, PILIHAN. Dunia Ahlam terasa sepi. Ketenangannya sedikit goyah. Pantas dia beristighfar dan kembali membaca mesej yang terpapar di skrin komputer ribanya. “Ingatannya sudah pulih,” bisik Ahlam sendiri. Tidak semena-mena dia terasa sebak, hatinya pilu. Dia beristighfar. ****** 6 tahun lalu. Ahlam sibuk berkejar ke sana ke mari. Kamera ditangannya dipegang kemas supaya tidak terjatuh. Matanya mencari kelibat rakan-rakannya yang lain. Sudah hampir sejam dia mengambil gambar festival di sekolahnya itu. Tudung labuh yang dipakai dibuai angin. Ahlam menahan dengan tangan supaya tidak terselak dan menampakkan aurat. Langkahnya terhenti di salah sebuah gerai lantas dia tersenyum. Rakan-rakannya sedang berkumpul di gerai berhampiran dan membicarakan sesuatu. Di...

Nur cahaya,

Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan kami, Rasulullah s.a.w. Hasil karya, Umairah Hawani. Hijab. Ahlam duduk di situ. Di atas kerusi di hadapan Mahallah Khadijah. Dia di bawah bayang-bayangan pohon di situ, di hadapannya Mahallah Umar al-Khattab dan padang CFS. Dia melihat ke atas, melihat pohon. Cermin mata dibuka, dan yang hanya dilihat hanya warna hijau yang kabur. Sedikit dia bersedih hati kerana nikmat Allah yang diberikan untuk melihat telah dipersia-siakan. Penglihatannya semakin teruk, bermula saat dia kecil kerana terlalu banyak membaca buku di dalam gelap. Tika dia di situ buat beberapa ketika, dia dikejutkan dengan ucapan salam. Dia menjawab lalu berpaling, melihat si pemberi salam. Dia memakai cermin matanya kembali. “Nur,” tegur Ahlam sambil tersenyum. “Anti buat apa di sini?” tanya Nur. Dia duduk di sebelah Ahlam. “Sedang menunggu azan, kadang kala di bilik tidak dengar. Sebentar lagi sudah azan,...