Posts

Showing posts with the label Hadith

Pabila Iman Diuji.

Assalamualaikum w.b.t. Kisah Ahlam. ***** Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan kami, Rasulullah s.a.w. Hasil karya, Umairah Hawani. Pabila iman diuji. Langkah Aisyah terhenti. Dia menoleh. Kelihatan rakan karibnya, Ahlam sedang mengutip sesuatu di jalanan. Dia memandang memerhati, “Adakah Ahlam terjatuhkan sesuatu?” bisik hatinya. Seketika kemudian Ahlam mengangkat kepalanya, tersenyum dan berjalan mendapatkan Aisyah. Aisyah masih merenung tangan kanan Ahlam. “Sampah?” tegur Aisyah, sedikit terkejut. “Kenapa anti kutip sampah? Bukankah sudah ada pekerja di CFS ini?” tanya Aisyah lagi, tanpa menunggu jawapan. “Tak apalah, bukan susah pun. Itu, bukankah di depan sana ada tong sampah? Boleh sahaja ana tolong buangkan,” ujar Ahlam sambil pandangannya ditujukan kepada tong sampah berhampiran kafe. Mereka berdua sedang berjalan pulang dari kelas di Blok E, menuju ke mahallah. Aisyah masih ...

Majmu' Syarif.

Assalamualaikum w.b.t. Update 16/5/2013: http://umairahazwani.blogspot.com/2013/05/wirid-yang-dinanti.html Ingin ku katakan, apa yang bakal ku sebutkan hanya pendapat semata-mata. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Beberapa hari yang lepas, terlihatlah sebuah buku bertajuk, Majmu' Syarif. Pertama kali ku lihat dan tidak pernah ku ketahui sebelum ini. Jadi, diri memutuskan untuk melihat dan mempelajari apa yang di dalamnya. Buku yang ku baca itu terjemahan Melayu. Sedangkan kitab yang asal, tiada nama penulisnya. Dibahagikan kepada 30 bab, dimulakan dengan Fadhilat Surah Pilihan dan disusuli dengan pelbagai doa. Pada 10 bab pertama yang menerangkan fadhilat surah-surah, tidak merasakan apa-apa yang pelik di situ lalu diteruskan pembacaan dan sekali gus cubaan menghafal isi-isinya. Sehinggalah kepada bab yang menerangkan fadhilat doa. Kerana terdapat 20 bab yang selebihnya dipenuhi dengan doa, hanya 5 bab pertama saja yang dibaca. Kerana pernah ku baca,...

Jihad fisabilillah,

Assalamualaikum w.b.t. Sumber:  http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2640.0 Jika kita menghafaz 1 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 17 tahun 9 bulan dan 0 hari. Jika kita menghafaz 2 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 8 tahun 9 bulan dan 18 hari. Jika kita menghafaz 3 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 5 tahun 10 bulan dan 13 hari. Jika kita menghafaz 4 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 4 tahun 4 bulan dan 24 hari. Jika kita menghafaz 5 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 3 tahun 6 bulan dan 7 hari. Jika kita menghafaz 6 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 2 tahun 11 bulan dan 4 hari. Jika kita menghafaz 7 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 2 tahun 2 bulan dan 3 hari. Jika kita menghafaz 8 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 2 tahun 2 bulan dan 12 hari. Jika kita menghafaz 9 ayat sehari kita akan tamat hafazan dalam tempoh 1 tahun 11 bulan dan 12 hari. Jika ...

Berjalan menuju kematian, mampukah?

Assalamualaikum w.b.t. Marilah kita memuji Allah, seketika menjadi sentiasa, Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar. Marilah kita berselawat, sesaat menjadi selamanya, Allahumma solli 'ala saidina Muhammad s.a.w. Dan marilah, kita mengingati mati. Di saat diri menyusuri lorong-lorong kematian ini, maka terciptalah "Ahlam". Di mana, ramai yang mengenali "Ahlam" itu melalui Pohon Cinta. Malah dikaitkannya dengan diri ini. Bahkan tidak, bukanlah diri ini "Ahlam". Kisah-kisah Ahlam itu banyak. Namanya yang bererti mimpi, adalah menjadi impian diri untuk amar ma'ruf nahi mungkar. Bukan apa, diri tidak pandai berkata-kata di hadapan jutaan manusia ataupun seorang cuma. Diri hanya tahu, menulis dan menulis. Dan walaupun Ahlam itu cuma mimpi, demikian di bawah ini salah satu kisah yang ingin ku ceritakan. Kisah tentang kematian. ***** Hasil karya, Umairah Hawani. Dengan izin Allah diri menulis, Detik d...

Solat Sunat Dhuha

Image
Assalamualaikum w.b.t. Al-Imam Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani mewasiatkan di dalam wasiatnya yang pertama: Biasakanlah pula mengerjakan shalat sunnah dhu h â secara rutin, sebanyak delapan rakaat, dan irirngilah dengan bacaan sesudahnya, sebanyak empatpuluh kali: (Ya Allah, ampunilah daku dan berikanlah taubat (atas segala dosa-ku). Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Taubat lagi Maha Penyayang). Bilakah yang dikatakan waktu Dhuha? Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’ : Jika demikian,...

Laksana pedang membunuh jiwa.

Assalamualaikum w.b.t. Ditakdirkan Allah s.w.t, awal Muharram ini membawa satu perubahan kepada diri. Adakah mungkin ini hijrahku yang paling utama setakat ini?   عَنْ ثَوُبَانَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : طُوْبىَ لِمَنْ مَلَكَ لِسَانَهُ، وَوَسِسعَهُ بَيْتَهُ، وَبَكَى عَلَى خَطِيْئَتِهِ Daripada Tsauban Radhiallahu ‘Anhu katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Berbahagialah bagi orang yang mampu mengawal lidahnya, dan luas rumahnya, dan menangis  (kerana menyesali) kesalahannya   [Hadis Hasan Riwayat Thabarany] Mungkin sekarang diri kurang berbicara, tapi banyak pula yang ditulis. Apakah menulis dan berkata itu sama? Persamaannya ada pada yang mendengar dan membaca. Mesej yang disampaikan itu sama, cuma cara berbeza. Apabila berkata-kata, laju saja mulut menyebutnya, kadang-kadang terluka yang mendengar. Apabila menulis, laju saja tangan melakukannya, kadang-kadang t...