Solat Sunat Dhuha
Assalamualaikum w.b.t.
Al-Imam Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani mewasiatkan di dalam wasiatnya yang pertama:
Biasakanlah pula mengerjakan shalat sunnah dhuhâ secara rutin, sebanyak delapan rakaat, dan irirngilah dengan bacaan sesudahnya, sebanyak empatpuluh kali:
Daripada
Anas radhiallahu’
anh, dia berkata:
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda:
Al-Imam Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani mewasiatkan di dalam wasiatnya yang pertama:
Biasakanlah pula mengerjakan shalat sunnah dhuhâ secara rutin, sebanyak delapan rakaat, dan irirngilah dengan bacaan sesudahnya, sebanyak empatpuluh kali:
(Ya
Allah, ampunilah daku dan berikanlah taubat (atas segala dosa-ku).
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Taubat lagi Maha Penyayang).
Bilakah yang dikatakan waktu Dhuha?
Waktu
untuk mengerjakan solat Dhuha
adalah sewaktu
matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang
diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari
terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit)
sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari
(10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati
laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di
dalam Asy-Syarhul
Mumti’:
Jika
demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya
larangan saat tengah hari.
Namun
demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik.
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari.-Hadis riwayat Imam Muslim dalamShahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.
Niat solat sunat Dhuha.
"Sahaja
aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Solat sunat Dhuha dilakukan seperti solat sunat biasa, cuma yang membezakan adalah:
- Pada rakaat pertama, disunatkan membaca surah as-Syams selepas al-Fatihah.
Pada rakaat kedua, disunatkan membaca surah ad-Dhuha selepas al-Fatihah.
- Bacaan di sujud terakhir sebanyak 3 kali;
مَنْ
صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ
قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ
الشَّمْسُ
ثُمَّ
صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ
كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
تَامَّةٍ
تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
Maksudnya:
Barangsiapa
mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap
duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari
terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia
akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata
(Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang
Sempurna.– Hadis
riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya,
Kitab al-Jumu’ah,no:
535.
Bilangan rakaat bagi solat sunat Dhuha;
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minima adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu.
Kebiasannya adalah dua, enam, lapan atau dua belas rakaat.
Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali r.a. menulis di dalam Bidayatul Hidayah;
"Apabila matahari telah naik sampai ke waktu Dhuha iaitu apabila telah berlalu lebih kurang satu perempat siang maka hendaklah engkau mengerjakan sembahyang sunat Dhuha atau empat, atau enam, atau lapan rakaat. Engkau buat sembahyang ini dua rakaat, dua rakaat seperti apa yang telah diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w dan sebenarnya sembahyang ini sangat baik dan sangat besar pahalanya oleh itu terserahlah kepada seseorang apakah dia hendak memperbanyakkannya atau mengurangkannya."
Doa selepas solat Dhuha;
Ya
Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny
adalah kecantikanMu,
keindahan
itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan
itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya
Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam
bumi, keluarkanlah,
jika
sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh,
dekatkanlah.
Berkat
waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan
kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang
soleh.
Begitulah solat sunat Dhuha, yang dilakukan selepas solat sunat Isyraq dan tiada solat sunat pada waktu kedua itu sehingga Zohor selain keduanya. Murabbi pernah berkata; "istiqamah itu sukar sekali." Maka dengan itu Murabbi berpesan supaya sentiasa istiqamah, mencuba semampu mungkin.
Beribadahlah mengikut kemampuan.
Dari
Anas r.a katanya: Pada suatu ketika Rasulullah SAW masuk ke masjid.
Lalu dilihatnya ada sebuah tali terbentang di antara dua batang
tiang, maka baginda bertanya:”Tali apakah ini?” Jawab para
sahabat, “Tali yang dibentangkan Zainab untuk dia solat. Bila dia
malas atau letih, dia berpegang pada tali tersebut.” Sabda baginda
SAW:”Bukalah tali itu. Solatlah sesuai dengan kemampuanmu
masing-masing; apabila kamu malas atau letih, maka kamu boleh solat
sambil duduk.”
Sumber rujukan:
InsyaAllah, dengan laman sesawang yang menjadi rujukan ini, lebih banyak ilmu di dalam setiapnya.
Wallahua'lam.
Alhamdulillah... baguihlah.. ada rujukan sekali... syukran
ReplyDelete