Sabar itu cahaya, sinaran.
Assalamualaikum w.b.t
Sebahagian
orang Salaf yang soleh berkata :”Barangsiapa yang mengadukan
musibah yang menimpanya, seakan-akan dia mengadukan Rabb-nya”.
Pembacaan asal dari http://ummufarras.wordpress.com/2011/02/26/ash-shabru-dhiya-sabar-itu-cahaya/
Malam ini, berjalan di CFS seorang diri. Hujan membasahi bumi tempat diri menimba ilmu. Tidak ada siapa yang bersama, gelap sahaja langit. Pagi, ketika diri sedaya upaya mengekalkan diri untuk tetap terjaga, cahaya matahari perlahan-lahan membiaskan diri dari celah-celah awan. Langit masih tidak berapa biru, awan masih lagi putih gebu.
Maha Suci Allah, malam ini berlainan sekali dengan paginya.
Bahkan hari ini berlainan sekali dengan semalam.
Tadi, ditegur dengan ayat, "kita boleh melihat keimanan kita, rendah atau tinggi, dengan pembacaan al-Quran seharian. Jika malas, mungkin ada kelemahan pada iman kita."
Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah.
Ada sebuah hadith, ertinya
: "Dari Sa’id bin Abi Waqqash Radhiyallahu anhu, dia berkata. ‘Aku
pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras
cubaannya ? Beliau menjawab. Para nabi, kemudian orang pilihan dan
orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya.
Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka cubaannya
juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia
akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cubaan menyusahkan seorang
hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada
satu kesalahan pun pada dirinya”.
[Isnadnya
sahih, ditakhrij At-Tirmidzy, hadith nombor 1509, Ibnu Majah, hadith nomor 4023, Ad-Darimy 2/320, Ahmad 1/172]
Tadi, ternampak lagi, ada yang menjual buku di sebelah K-Shop.
Lalu ku katakan pada teman di bilik, "imanku tergugat." Bukanlah bermaksud benar iman tergugat, cuma terusik sedikit perasaan ingin membeli. Kadang-kadang, beli jua beberapa buah selang beberapa ketika. Kadang-kadang, tidak.
Sebab, selalu saja bermain di fikiran, "nak baca buku ke baca al-Quran?"
Atau, "nak hafaz hadith ke, nak baca al-Quran?"
Begitulah... Sedangkan hadith 40 itu pun masih terumbang-ambing. Sudah mendapat sanad, tapi masih juga begitu. Aduhai, Amirah Hazwani. Bukanlah bermaksud mengeluh, sekadar bermuhasabah diri.
Kebelakangan ini banyak sungguh berbahasa Melayu. Mengapakah?
Baru sahaja petang tadi, teringat kembali cita-cita dahulu, hendak menjadi guru Bahasa Melayu. Teringat juga tentangan yang dihadapi. Dan diri mengalah begitu saja, menjatuhkan hati, terjatuh cinta pula dengan kejuruteraan. Saatnya tiba di CFS, menambahkan cinta pula kepada bahasa Arab, ilmu-ilmu agama. Sungguh, berasa bertuah sekali berada di sini. Sedangkan dahulu, tidak siapa akan menyangka diri mendaftar di sini. Bahkan tidak pernah tersebut UIAM di bibir. Yang meniti kata hanyalah impian yang tidak kesampaian.
Syukur Alhamdulillah, diri berada di sini.
Sedikit pesanan, mengakhiri perbicaraan. InsyaAllah.
Perbaharuilah
imanmu dengan lafaz la
ilaha illallah dan
carilah pahala di sisi Allah kerana cubaan yang menimpamu. Janganlah
sekali-kali engkau katakan :”Andaikan saja hal ini tidak terjadi”,
tatkala menghadapi takdir Allah. Sesungguhnya tiada ada taufiq kecuali dari sisi Allah.
Wallahua'lam.
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم