Permulaan Jalan Hidayah.

Assalamualaikum w.b.t




Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.


Di dalam dunia, penyakit apa yang paling bahaya? Yang merosakkan kebanyakan manusia, yang salah satunya diumpakan seperti api memakan kayu?

Tiga penyakit hati, hasad, ujub dan riya'.

Tidaklah diri layak membahaskan tiga penyakit hati ini.
'Amar ma'ruf, nahi munkar, insyaAllah sekadar mengingatkan yang sudi membaca dan juga diri sendiri. Diri menyayangi anda semua sebagai saudara, kita sama agama, dekat di hati, jauh di mata. Diri merindui tazkirah anda semua, mengingatkan segala sesuatu. Tegurlah jika ada kesalahan, kecacatan yang jelas di mata.

Walaupun mungkin pahit di mulut, tapi manis terasa di syurga.



"Orang yang hasud ialah orang yang merasa keberatan bahawa Allah mencurahkan nikmat dan kurnia kepada salah seorang di antara hamba-hamba Allah, sama ada nikmat itu berupa ilmu, harta, kecintaan manusia atau apa sahaja habuan yang diberikan Allah kepada hamba-hambanya sehingga orang yang hasad ini bercita-cita kalau boleh nikmat Allah itu hilang daripada orang lain walaupun ia tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada hilangnya nikmat tersebut." [Bidayatul Hidayah; Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a.]


Nau'uzibillahi min  zalik.


Wallahua'alam.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.