Masihkah ada persoalan?

Assalamualaikum w.b.t



"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya". (Surah an-Nur 31)


Saudari muslimahku,
kita sering diumpamakan seperti permata, atau sesuatu yang berharga. Kemuliaan kita sebagai seorang wanita terletak pada satu sifat yang utama, sifat malu. Lalu bagaimanakah sifat malu itu?

Malu adalah satu kata yang mencakup perbuatan menjauhi segala apa yang dibenci.[Lihat Raudhatul ‘Uqalâ wa Nuzhatul Fudhalâ' (hal. 53)] 

Begitulah definisinya. Jika kita sebagai wanita mempunyai sifat malu, maka kita akan menjauhi segala apa yang dibenci. Dibenci siapa? Pastilah dibenci Allah, dibenci manusia dan diri kita sendiri.

Dari Abu Mas’ûd ‘Uqbah bin ‘Amr al-Anshârî al-Badri radhiyallâhu ‘anhu ia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimat kenabian terdahulu adalah, ‘Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesukamu.’”

Malu yang paling penting bagi wanita, adalah malu untuk menjaga maruahnya. Maka dengan itu, Allah menurunkan perintah untuk kita menjaga aurat. Tidak boleh dilihat sesiapa yang bukan muhrim, mahupun sehelai rambut. Bukankah sudah dinyatakan, balasan tidak menutup aurat itu dosa? Dan balasan dosa itu neraka. Sedangkan api di dunia tidak mampu kita sentuh dengan tangan, apatah lagi api di neraka.

Bukan tidak mengetahui bahawa dirimu cantik, akan tetapi, sebab cantik itulah anda harus menutupinya. Simpanlah untuk jodoh yang telah ditetapkan Allah untuk kita. Bayangkan betapa bahagianya kita jika seseorang menjaga dirinya untuk kita, begitulah perasaan bakal suami kita.

Jika tidak mahu menyentuh hal sebegitu, bayangkanlah kesan tidak menutup aurat kepada seluruh muslimin di dunia. Secara tidak sengaja, mereka juga menanggung dosa. Bermakna, bukan sahaja diri menjadi penghuni neraka, tetapi sesiapa yang melihat juga terkena tempiasnya.


Fatimah r.ha berkata :

"Seorang wanita itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis daripada madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Bagaimana untuk menutup aurat? Pada pendapat diri, pakailah apa sahaja yang mencukupi kriteria, hanya menampakkan muka dan tapak tangan. Tidak kisahlah anda mahu memakai tudung labuh sehinggalah selendang. Asalkan labuhnya menutupi dada, asalkan tebalnya hingga tidak ternampak sedikit pun daripadamu. Asalkan tidak menampakkan tubuh badanmu. Biarlah orang melihat kita gemuk, kerana pakaian yang sedikit besar, tapi pandangan Allah itu lebih bermakna. Maka balasannya, insyaAllah syurga.

Islam itu mudah, maka hanya manusia saja yang membuatkan ia susah.

Dan siapa yang mahu membalas pernyataan ini?


Siapa yang menyatakan menutup aurat itu panas? Kita.
Tapi siapa yang menjadikan bumi ini panas? Kita.
Bukankah dahulu, suhu bumi ini tidak setinggi sekarang? Sudah terbukti bahawa asap-asap yang bermaharaja lela dicipta oleh manusia, dengan ilham dari Allah, telah membawa kerosakan kepada muka bumi. Siapa yang tidak sedar? Semuanya salah kita sendiri.

Maka adakah muslimah di negara padang pasir, yang memakai niqab sepanjang masa, menyebut keluh kesah mereka? Pernahkah kita mendengar mereka berkata, "aduhai, panasnya."? Tidak. Bahkan jika kita duduk di dalam rumah, tanpa menutup aurat pun kita sudah mengeluh. Kita sendiri yang mencipta kesusahan itu.


Malu dan iman senantiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya.”
[Shahîh: HR.al-Hâkim (I/22), ath-Thabrâni dalam al-Mu’jâmush Shaghîr (I/223), al-Mundziri dalam at-Targhîb wat Tarhîb (no. 3827), Abû Nu’aim dalam Hilyatul Auliyâ’ (IV/328, no. 5741), dan selainnya. Lihat Shahîh al-Jâmi’ish Shaghîr (no. 3200).]

Jika kamu tidak malu dengan menutup auratmu, maka dimanakan sekelumit iman yang kamu katakan ada di dalam diri kamu? Jangan anda menjadi pendusta dengan kata-kata sendiri.






Saidatina Aisyah RA pernah berpesan, "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang". Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga. melainkan mereka yang amat serius terhadap perkara itu dan menjaga batasan- batasanNya.




Wallahua'lam.


Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.