Sebenarnya, aku...
BismiLLAHirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Sebenarnya, aku... takut akan Ramadhan. Benar. Sungguh. Tak tipu. Ramadhan itu suci. Ketua bagi seluruh bulan. Sedangkan aku... Kotor, hati berlumpur. Hitam segala bagai. Mana mungkin aku boleh bersama Ramadhan! Mana mungkin yang suci itu dikotori! Aku tidak menghitung hari. Aku cuma membiarkan saja Ramadhan pergi. Kerana aku takut, dosa yang aku lakukan membuatkan Ramadhan membenci. Cukuplah aku dibenci. Janganlah ditambah dengan kebencian bulan yang paling murni! Sebenarnya, aku... sangat takut akan Ramadhan. Sedikit sebanyak aku menanti Syawal. Bukan, bukan sebab aku ingin merayakan perginya Ramadhan. Bukan. Bahkan aku menunggu Ramadhan yang seterusnya. Jika ajal tak kunjung tiba. Cuma aku malu! Aku malu dengan kealpaanku. Aku malu dengan aku. Hingga ke hujung ini, aku sendiri. Dan DIA memberi. Aku bukan dicipt...