Posts

Showing posts with the label Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

Image
Assalamualaikum w.b.t. Al-Imam Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani mewasiatkan di dalam wasiatnya yang pertama: Biasakanlah pula mengerjakan shalat sunnah dhu h â secara rutin, sebanyak delapan rakaat, dan irirngilah dengan bacaan sesudahnya, sebanyak empatpuluh kali: (Ya Allah, ampunilah daku dan berikanlah taubat (atas segala dosa-ku). Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Taubat lagi Maha Penyayang). Bilakah yang dikatakan waktu Dhuha? Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’ : Jika demikian,...

Solat Sunat Awwabin.

Image
Assalamualaikum w.b.t Sesudah solat sunat rawatib, solat sunat yang boleh kita sebagai perantau di bumi Allah ini lakukan dalam kehidupan seharian adalah solat sunat awwabin. InsyaAllah, bersama-sama kita mengamalkannya secara istiqamah. Sumber:  http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-awwabin/ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً   Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ;  “ Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat duabelas tahun.”   (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.) Doa sebelum Solat Sunat Awwabin. Sebelum melakukan solat Awwabin, disunatkan membaca doa masyhur berikut: CARA MELAKSANAKAN...

Solat Sunat Rawatib.

Assalamualaikum w.b.t. عن عبد الله بن عمر قال حفظت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ركعتين قبل الظهر وركعتين بعد المغرب وركعتين بعد العشاء وركعتين قبل الغداة ( متفق عليه ) Maksudnya :  Dari Abdullah bin Umar, katanya, "Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah s.a.w dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh." (Muttafaq 'alaih) Pernah sekali saya mendengar ceramah, "Solat sunt rawatib adalah solat sunat yang paling dekat dengan kita." "Tidak digalakkan solat tahajud jika tidak melakukan solat sunat ketika Isya' " Wallahua'lam. InsyaAllah, hari ini saya berkongsi sedikit maklumat tentang solat sunat Rawatib bersama rakan yang saya kasihi kerana Allah. InsyaAllah, kita sama-sama amalkan. Sumber:  http://www.e-mosque.com.my/ibadatsunat/srawatib.html Solat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum atau selepas solat f...