Posts

Showing posts with the label Dalil

Mengingati mati,

Assalamualaikum w.b.t. Sahabatku Aimi Diyana dan Nur Izzati, ingatlah sanad dibawah yang kita perolehi semasa Ramadhan 1472 H bersama-sama di CFS untuk mengamalkan Ratib al-Haddad dan melaluinya juga ijazah semua mu'allafat/karangan Imam al-Haddad. Satu daripada sanad kita yang jumlahnya 15: Murabbi wa Syaikhuna, Ustaz Muhadir bin Hj Joll menerimanya daripada Naib Munsib al-Haddad, Habib Muhsin bin Habib Hamid al-Haddad , beliau menerimanya daripada ayahandanya, Habib Hamid al-Haddad , beliau menerimanya daripada ayahandanya, Habib Husain , beliau menerimanya daripada ayahandanya, Habib Ahmad , beliau menerimanya daripada ayahandanya, Habib Abdul Qadir , beliau menerimanya daripada ayahandanya, Habib Ahmad , beliau menerimanya daripada ayahandanya, Habib Abdur Rahman , beliau menerimanya daripada ayahandanya, Habib Ahmad , belia menerimanya daripada ayahandanya, Habib Hasan bin Abdullah al-Haddad , beliau menerimanya daripada ayahandanya, Shohib ar-Ratib, Quthub al-Ir...

Nilai hijab itu,

Assalamualaikum w.b.t. Pernahkah anda mendengar, atau anda sendiri mengatakan: "Tak pakai tudung (hijab) pun tak apa. Tak semestinya semua orang yang pakai tudung itu baik." Pernahkah anda mendengar, atau anda sendiri mengatakan: "Pakai tudung memang tak semestinya baik, tapi yang tak pakai tudung sah-sah masuk neraka." (Macam tak betul sikit, tapi lebih kurang, insyaAllah) Jadi, sebenarnya, situasi agak janggal sebab semua berbalah. Yang cakap begitu, tetap begitu. Yang cakap begini, tetap begini. "Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam al-Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah. " (Al-Kahfi: 54) Pernah berjumpa yang berniqab. Pernah berjumpa yang bertudung labuh. Pernah berjumpa yang bertudung biasa. Pernah berjumpa yang tidak bertudung. Pernah berjumpa yang menutup aurat sepenuhnya, setiap masa. Pernah berjumpa yang menutup aurat, tidak setiap masa. Pernah...

Berjalan menuju kematian, mampukah?

Assalamualaikum w.b.t. Marilah kita memuji Allah, seketika menjadi sentiasa, Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar. Marilah kita berselawat, sesaat menjadi selamanya, Allahumma solli 'ala saidina Muhammad s.a.w. Dan marilah, kita mengingati mati. Di saat diri menyusuri lorong-lorong kematian ini, maka terciptalah "Ahlam". Di mana, ramai yang mengenali "Ahlam" itu melalui Pohon Cinta. Malah dikaitkannya dengan diri ini. Bahkan tidak, bukanlah diri ini "Ahlam". Kisah-kisah Ahlam itu banyak. Namanya yang bererti mimpi, adalah menjadi impian diri untuk amar ma'ruf nahi mungkar. Bukan apa, diri tidak pandai berkata-kata di hadapan jutaan manusia ataupun seorang cuma. Diri hanya tahu, menulis dan menulis. Dan walaupun Ahlam itu cuma mimpi, demikian di bawah ini salah satu kisah yang ingin ku ceritakan. Kisah tentang kematian. ***** Hasil karya, Umairah Hawani. Dengan izin Allah diri menulis, Detik d...

Tak kenal, maka tak cinta.

Image
Assalamualaikum w.b.t Bagaimanakah dengan imanmu hari ini? Allah berfirman: وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ “ Dan sungguh telah Kami utus kepada setiap umat seorang Rasul yang menyerukan ‘Sembahlah Allah dan jauhilah thaghut (sesembahan selain Allah)’” (QS. An Nahl: 36) Dikatakan kepadaku, "Mengapa belajar hukum agama jika tidak mengenal akidah?" Dan itu ternyata, membuat diri terfikir. Selalu sahaja, apabila seorang itu tidak solat, akan diri kata, "solatlah." Selalu sahaja, apabila Ramadhan menjelang, akan diri kata, "puasalah." Mengajak saudara se-Islam yang lain menjalankan hukum. Yang wajib itu wajib. Bukankah taqwa itu salah satunya, mentaati perintah Allah? Tapi bagaimana, jika kita sendiri tidak mengenal Allah siapa? Bagaimana, jika kita tidak tahu pentingnya Islam itu? Permasalahan akidah ini, bukan milik diri ini untuk menerangkan apatah lagi membahaskan. ...

Masihkah ada persoalan?

Assalamualaikum w.b.t "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya". (Surah an-Nur 31) Saudari muslimahku, kita sering diumpamakan seperti permata, atau sesuatu yang berharga. Kemuliaan kita sebagai seorang wanita terletak pada satu sifat yang utama, sifat malu. Lalu bagaimanakah sifat malu itu? Malu adalah satu kata yang mencakup perbuatan menjauhi segala apa yang dibenci.[Lihat Raudhatul ‘Uqalâ wa Nuzhatul Fudhalâ' (hal. 53)]   Begitulah definisinya. Jika kita sebagai wanita mempunyai sifat malu, maka kita akan menjauhi segala apa yang dibenci. Dibenci siapa? Pastilah dibenci Allah, dibenci manusia dan diri kita sendiri. Dari Abu Mas’ûd ‘Uqbah bin ‘Amr al-Anshârî al-Badri radhiyallâhu ‘anhu ia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ...

Yang jelas itu,

Assalamualaikum w.b.t. Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan". (An Nur: 30) Sejak beberapa hari ini, hati bertanya sesuatu. Sesuatu yang agak berat sedikit, untuk dijawab sendiri. InsyaAllah, setiap Muslim pasti tahu, hukum melihat aurat bukan muhrim itu haram. Tidak dibenarkan sama sekali. Dan balasannya dosa. Selalu dikaitkan, yang tidak menutup aurat itu wanita, yang melihat aurat itu lelaki. Jadi, bagaimana? Adakah wanita seharusnya tidak keluar melainkan menutup aurat, walhal ia adalah wajib? Atau adakah lelaki yang perlu sentiasa menundukkan pandangan? Ramai yang membahaskan tentang ini, berbalah sesama sendiri. Namun ada satu perkara yang mungkin, tidak ramai se...