Posts

Showing posts with the label Qasidah

Irama dan lagu.

Image
Assalamualaikum w.b.t. Islam itu mudah. Muzik itu indah. Pilihan, masing-masing. Seni kata dari:  http://iffah-hidayah-rejab.blogspot.com/2011/03/tholama-asyku-ghoromi.html طالما اشكو غرامى يا نور الوجود وانادى يا تهامى يا معدن الجود Lama sudah aku menanggung rindu; Wahai cahaya alam yang indah, Serta aku menyeru, Wahai Nabi s.a.w, Wahai punca ilmu yang pemurah. منيتى اقصى مرامى احظى بالشهود وارى باب السلام يا زاكى الجدود Impianku setinggi-tinggi cita-cita; Moga diberikan tuah dapat melihatmu; Juga melihat Bab al Salam (di Masjid Nabawi); Wahai sesuci-suci insan. . يا طراز الكون انى عاشق مستهام مغرم والمدح فنى يا بدر التمام Wahai hiasan dunia ini, Aku amat cinta dan rindu padamu; Hanya pujian menjadi persembahanku; Wahai bulan mengambang penuh. اصرف اعراضا عنّي اصناني الغرام فيك قد احسنت ظنّي يا سامى العهود Jauhkanlah segala penghalangku daripadamu; Yang kupendam hanya kerinduan terhadapmu...

Busyralana,

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Hari ini hati ana menyanyi-nyanyi, qasidah Busyralana C: Report FESTIVEN sudah hantar, alhamdulillah. Project Comp 2 sudah hantar, alhamdulillah. Kelas, kuiz dan tutorial sudah tamat, alhamdulillah. Borang ke sana sudah selesai, alhamdulillah. Tinggal hanya, tahsin, tadabbur, tahfiz, tasmi' al-Quran, talaqqi, ulangkaji untuk peperiksaan akhir, menunggu jawapan pembiayaan. InsyaAllah, Allah ada perancangan. Sekarang, dalam proses tajdid niat untuk semua perkara. Apa guna, melakukan sesuatu tanpa niat utama, hanya meungharapkan keredhaan Allah? Apa guna, melakukan sesuatu, yang tidak selari dengan sunnah Rasulullah s.a.w.? Cinta ana kepada keduanya, insyaAllah mengiringi perjalanan ini. Tinggal lagi, 4 bulan, beberapa hari. Doakan ana. KEGEMBIRAAN BAGI KAMI KERANA TERCAPAI CITA-CITA, TELAH HILANG SUSAH DAN TELAH DATANG KESENANGAN, MASA TELAH MENUNAIKAN JANJINYA, KEGEM...